FAQ PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA - Bolehkah struktur paparan iklan dibina setelah kelulusan dasar diperolehi daripada JPPH?


Bolehkah struktur paparan iklan dibina setelah kelulusan dasar diperolehi daripada JPPH?

   Tidak. Kelulusan dasar adalah sebagai pemberitahuan bahawa secara dasarnya pihak Majlis tiada halangan ke atas cadangan tapak yang dikemukakan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang, Permit Bangunan dan permit Lesen. Hanya setelah syarat-syarat teknikal bagi permohonan di atas dipenuhi dan Lesen Menduduki Sementara diperolehi daripada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling barulah Surat Tawaran dikeluarkan. Sekiranya syarikat menyetujuterima tawaran dan menandatangani perjanjian barulah struktur boleh didirikan di tapak.

Dikemaskini pada 07-Jul-2012

MS