HARI TANPA KARBON SUBANG JAYA SIRI 3/2026
HARI TANPA KARBON SUBANG JAYA SIRI 3/2026
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperkenalkan penjenamaan semula Hari Tanpa Kenderaan kepada Hari Tanpa Karbon Subang Jaya, selaras dengan usaha memperluas pendekatan program ke arah pembudayaan gaya hidup rendah karbon dan kelestarian bandar. Penjenamaan baharu ini memberi penekanan kepada aspek mobiliti rendah karbon, pengurangan dan pengasingan sisa, amalan guna semula, pendidikan alam sekitar, pemerkasaan komuniti serta pengukuran impak.
Bersempena Hari Tanpa Karbon Subang Jaya (HTKSJ) Siri 3/2026, pelbagai aktiviti menarik menanti warga Subang Jaya pada:
Tarikh : 1 November 2026 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Lokasi : Giant Bandar Kinrara
Antara aktiviti yang disediakan termasuk Fun Run & Walk, Fun Ride, senamrobik, aktiviti sukan, bazar makanan rendah karbon, Eco Free Market, kitar semula, pameran dan reruai, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti mewarna, busking serta komuniti inklusif.
Inisiatif ini menjadi platform untuk memperkukuh kesedaran, penyertaan dan tindakan komuniti dalam mengamalkan gaya hidup rendah karbon, sekali gus menyokong aspirasi Subang Jaya sebagai bandar yang lestari, sihat dan berdaya huni.
Ayuh bersama menjadikan setiap tindakan kita sebahagian daripada perubahan ke arah Subang Jaya yang lebih rendah karbon dan lestari.