JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN |
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Adakah peralatan logistik disewakan untuk orang awam? | - Tidak. Peralatan logistik tidak disewakan kepada orang awam.
- MBSJ hanya menyelaras pengurusan logistik dari segi permohonan, penghantaran dan pengambilan semula logistik untuk tujuan program-program berikut :
- Program-program anjuran pihak Majlis sahaja.
- Program-program luar anjuran pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), pihak Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan Agensi Kerajaan sahaja.
|
2 | Adakah Bas MBSJ disewakan untuk kegunaan orang awam? | - Tidak. Bas MBSJ tidak disewakan untuk kegunaan orang awam.
- MBSJ hanya menyelaras pengurusan permohonan penggunaan kenderaan / bas untuk pihak luar seperti MPP, SUK, Dan Agensi Kerajaan bagi memastikan perjalanan kenderaan diurus dan diselenggara dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan sahaja.
|
3 | Bilakah jawatan kosong akan dibuka? | - Jawatan kosong MBSJ dibuka berdasarkan kekosongan jawatan.
- Hebahan berkaitan sebarang kekosongan jawatan tersebut akan diiklankan di dalam laman web MBSJ dan di emel kepada Ketua Agensi Negeri Selangor untuk pemakluman lanjut.
|
4 | Bagaimanakah cara memohon jawatan di MBSJ? | - Melalui laman web MBSJ. Semuanya secara atas talian.
|
5 | Saya telah memohon jawatan kosong yang telah diiklankan di Laman Web MBSJ namun belum menerima panggilan untuk permohonan tersebut sehingga hari ini? | - Bagi jawatan kosong yang telah dipohon secara atas talian, pihak Majlis telah menyatakan perkara tersebut di dalam terma dan syarat, dimana sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh 3 bulan, permohonan tuan / puan dianggap tidak berjaya.
|
6 | Adakah Bilik Mesyuarat / Dewan Kenanga MBSJ disewakan untuk kegunaan orang awam? | - Tidak. MBSJ tidak menyediakan tempahan bagi Dewan Kenanga / Bilik Mesyuarat MBSJ untuk disewakan bagi kegunaan orang awam.
|