JABATAN KEJURUTERAAN | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Bagaimanakah saya hendak menyalurkan maklumat tentang kerosakan di kawasan sekitar saya? | Sebarang aduan boleh dibuat terus secara online melalui sistem aduan SISPAA MBSJ dan talian Aduan MBSJ. |
2 | Berapa hari tindakan susulan akan diambil selepas aduan diterima?. | Merujuk kepada Piagam Pelanggan Jabatan. |
3 | Apakah yang perlu dibuat sekiranya aduan tidak diambil? | Sekiranya kerja-kerja tidak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan pengadu boleh membantu melapurkan kepada Majlis dan surat peringatan akan dikeluarkan kepada kontraktor sehingga kerja pembaikan selesai. |
4 | Bagaimana cara untuk halang kerosakan | Orang awam hendaklah memastikan tidak merosakkan harta awam seperti jalan, longkang, aset Majlis, lampu jalan, feeder pillar, lampu isyarat, cerun dll. |
5 | Semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan adakah pengadu akan dimaklumkan? | Ya, sekiranya perlu seperti melibatkan pengalihan atau penutupan laluan/ aset pengadu serta mendapatkan maklumat tambahan. |
6 | Adakah aduan kerosakan boleh dibuat jika di luar kawasan pengadu? | Boleh dengan syarat aduan tersebut hendaklah tepat dan lengkap. |
7 | Bolehkah pengadu merujuk semula aduan yang telah dibuat? | Pengadu hendaklah menyimpan no. rujukan aduan bagi memudahkan semakan Jabatan. |
8 | Berapa banyak aduan boleh dibuat | Tiada had. |
9 | Adakah pihak tuan menerima cadangan dari pengadu? | Sebarang cadangan adalah di alu-alukan. |
10 | Kerosakan yang bagaimanakah perlu dilaporkan kepada Jabatan ini? | Kerosakan yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:-
|
JALAN | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Kenapa terdapat banyak jalan yang rosak dan berlubang? | Jalan lama yang lebih 10 tahun, kepadatan trafik yang tinggi, kenderaan berat dan berlaku takungan air larian atas jalan. |
2 | Apakah tindakan diambil sekiranya terdapat kerosakan di kawasan MBSJ? | Kerja-kerja menampal jalan menggunakan premix ssecara jabatan dan juga kontraktor penyelenggaraan tahunan. |
3 | Berapa lamakah bagi sesuatu kerosakan mengenai jalan diatasi oleh pihak MBSJ | Bagi kerosakan minor pembaikan segera dijalankan dalam masa 3 hari bekerja. |
4 | Adakah menutup jalan perlu kelulusan pihak MBSJ? | Perlu tetapi dibawah kelulusan Jabatan Bangunan kecuali permit korekan jalan adalah dibawah kelulusan Jabatan Kejuruteraan. |
LALULINTAS | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Sekiranya lampu isyarat rosak, apakah tindakan pihak kejuruteraan MBSJ? | Aduan akan dimajukan kepada kontraktor untuk tindakan. |
2 | Berapa lamakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat kerosakan lampu isyarat di kawasan itu? | Tindakan serta ‑ merta. |
3 | Terdapat simpang yang berbahaya dan trafik tidak terkawal, adakah permohonan lampu isyarat yang baru boleh dimajukan kepada MBSJ sekiranya terdapat simpang yang berbahaya dan trafik tidak terkawal? | Jabatan kejuruteraan akan membuat kajian terhadap permohonan tersebut untuk kesesuaian di tapak. |
4 | Bagaimana sekiranya ingin mengetahui lampu isyarat adalah kepunyaan MBSJ? | Lampu isyarat kepunyaan MBSJ mempunyai ID diletakan di tiang lampu isyarat tersebut berwarna biru dan mempunyai logo MBSJ. |
ELEKTRIK | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Jenis tiang lampu di jalan berbeza-beza, bagaimana membezakan lampu jalan kepunyaan MBSJ? |
|
2 | Sekiranya lampu jalan atau lampu taman kepunyaan MBSJ didapati rosak atau tumbang, apakah tindakan yang diambil oleh MBSJ? | Setelah menerima aduan daripada pihak pengadu, juruteknik akan menyemak ditapak berkenaan masalah dan memaklumkan pada pihak kontraktor kawasan untuk mengambil tindakan. |
3 | Berapakah tempoh bagi pihak kontraktor MBSJ untuk mengatasi masalah kerosakan lampu jalan / lampu taman? | Tindakan pembaikan adalah selama 3 hari dan maksimum adalah 14 hari. Bagi kes vandalisma seperti kecurian komponen dalam feeder pillar dan feeder pillar dipecahkan/dibakar, tindakan pembaikan ambil masa 2 bulan. (Perlu tempah) |
4 | Bagaimana sekiranya ingin memohon lampu taman / lampu jalan yang baru? | Perlu mengemukakan permohonan melalui surat dan boleh juga melalui telefon. Kelulusan pemasangan bergantung kepada semakan teknikal dan kelulusan peruntukan. |
SALIRAN | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Sekiranya terdapat kerosakan terhadap longkang dan saliran, apakah tindakan yang sewajarnya dibuat? |
|
2 | Apakah langkah yang diambil sekiranya berlaku banjir di kawsan MBSJ dan berapa lama tempoh bagi MBSJ untuk menyelesaikan masalah itu? |
|
3 | Adakah sistem saliran dibina oleh pemaju diseliakan oleh pihak MBSJ? | Ya, selepas kawasan tersebut diserahkan kepada pihak Majlis untuk penyelenggaraan. |
4 | Sekiranya terdapat tanah runtuh atau struktur rosak berhampiran sistem saliran yang diselia oleh MBSJ, adakah pihak MBSJ akan membaikinya? |
|
CERUN | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBSJ sekiranya terdapat cerun / tanah runtuh di kawasan MBSJ? | Siasatan dan tindakan akan diambil dengan;
|
2 | Berapa lamakah masa yang diambil untuk sesuatu aduan mengenai cerun diatasi. | 1. Bagi kategori aduan biasa, tempoh masa diambil untuk memulakan kerja adalah selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh aduan diterima. |
STRUKTUR | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Apakah tindakan yang diambil sekiranya terdapat kerosakan bagi struktur ‑ struktur premis dibawah penyeliaan pihak MBSJ? | Semakan tentang jenis kerosakan akan dijalankankan bagi mengenalpasti tindakan yang perlu diambil. (samada oleh kakitangan Majlis atau bersama kontraktor yang berkenaan) |
2 | Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sekiranya terdapat masalah ‑ masalah struktur di premis MBSJ tersebut? | Tempoh pembaikan adalah berdasarkan kerosakan dan dapat dikategorikan kepada 3, iaitu:
|
3 | Adakah masalah ‑ masalah mengenai mekanikal & Elektrikal (M&E) bagi premis ‑ premis MPSJ dapat disalurkan ke bahagian struktur kejuruteraan MBSJ? | Masalah mengenai Mekanikal & Elektrikal (M&E) boleh disalurkan ke bahagian struktur, walaubagaimanapun tindakan akan diambil oleh bahagian yang berkenaan. |
MEKANIKAL | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Sekiranya terdapat masalah ‑ masalah mengenai M&E adakah unit mekanikal kejuruteraan MBSJ bertanggungjawab? | Bahagian Mekanikal hanya akan menguruskan masalah M&E yang berkaitan dengan aset MBSJ sahaja. |
2 | Sekiranya berlaku kerosakan penghawa dingin di premis MBSJ apakah tindakan yang diambil? | Sila hubungi Bahagian Mekanikal dan ianya akan diuruskan dengan seberapa segera dengan bantuan kontraktor tahunan yg di lantik. |
3 | Berapakah tempoh yang diperlukan untuk memperbetulkan kerosakan tersebut? | Tempoh pembaikan bergantung kepada jenis kerosakan antara 1 hingga 3 hari . Walaubagaimanapun bagi kerosakkan besar ianya akan di maklumkan secara bertulis tempoh pembaikannya. |
INFRASTRUKTUR | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1 | Adakah permohonan bagi kerja ‑ kerja pembinaan atau projek yang membabitkan kawasan MBSJ perlu diajukan ke bahagian infrastruktur kejuruteraan MBSJ? | Semua permohonan perlu dikemukakan melalui kaunter OSC. |
2 | Apakah dokumen ‑ dokumen yang perlu disertakan bersama ‑ sama permohonan bagi mendapat kelulusan daripada jabatan kejuruteraan? | Kelulusan Pelan Kerja Tanah:
Permohonan Perlu Memiliki Kelulusan Kebenaran Merancang Dan Kelulusan JPS Sebelum Layak Dibawa Ke Mesyuarat OSC Kelulusan Pelan Jalan Dan Perparitan:
Pemaju perlu membuat pembentangan bagi laporan TIA pembangunan tersebut sebelum kelulusan. |
3 | Berapa lamakah bagi setiap permohonan untuk mendapat kelulusan daripada MBSJ? | Tempoh proses sesuatu permohonan kelulusan adalah 14 hari bekerja. Bagi permohonan pelan kerja tanah kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat OSC yang diadakan setiap 2 minggu. |
Submitted by muhammad.shah on Wed, 26/02/2025 - 8:39am