JABATAN PENGUATKUASAAN | ||
BIL | SOALAN | JAWAPAN |
1. | Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Penguatkuasaan sekiranya terdapat kenderaan melakukan kesalahan lalulintas? | Kenderaan boleh dikenakan tindakan notis kompaun atau boleh ditunda. |
2. | Apakah kesan sekiranya,notis kompaun gagal dijelaskan? | Sekiranya melebihi 14 hari,notis peringatan akan dikeluarkan dan jika gagal menjelaskan bayaran tindakan memfailkan kes ke Mahkamah Majisterit akan dibuat. |
3. | Apakah yang perlu dibuat sekiranya dikenakan notis kompaun lalulintas? | Sila buat pembayaran dalam masa 14 hari dimana-mana kiosk MBSJ dan bayaran secara online di EZYmbsj. |
4. | Di mana tempat yang perlu dirujuk sekiranya motosikal atau kenderaan ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan? | Sila rujuk di Bahagian Tunda, Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Subang Jaya, atau hubungi: i. Depoh Tunda Subang 03-80249064 ii. Depoh Tunda Puchong 03-80651687 iii. Depoh Tunda Serdang 03-89481269 iv. Depoh Tunda Kenderan Buruk 03-80681240 |
5. | Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap panjaja atau peniaga kecil yang tiada lesen yang sah dari Datuk Bandar? | Tindakan Kompaun dan Sita boleh diambil terhadap penjaja atau peniaga tersebut. |
6. | Sekiranya barang jualan penjaja atau peniaga disita di mana tempat barang tersebut disimpan dan tempat tuntutan? | i.Sila hadir ke Unit Siasatan bagi urusan tuntutan. ii.Setelah bayaran dibuat , tuntutan barang di Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor , Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. |
7. | Adakah premis perniagaan boleh meletakkan barang-barang berhubung dengan trednya di kaki lima, siar kaki atau jalan? | i.Dibenarkan sekiranya telah membuat permohonan dan diberi permit kelulusan. ii.Sekiranya tiada permit kelulusan boleh dikenakan tindakan kompaun. |
8. | Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya didapati premis perniagaan meletakkan barang-barang di kaki lima, siar kaki atau bahu jalan? | Tindakan mengeluarkan Notis Kompaun dan memindahkan (Sita) barang-barang boleh dilakukan. |
9. | Di manakah barang-barang dialihkan atau disita disimpan? | Di Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor , Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. |
10. | Apakan bayaran yang dikenakan untuk menuntut barang-barang yang disita atau dialihkan? | i. Kos pengalihan/sitaan ii. Kos simpanan iii. Kos perkhidmatan. iv. Kos kompaun. |
11. | Apakah yang perlu dilakukan apabila mendapat notis amaran/penglihatan atau roboh? | Membaca memahami arahan notis seterusnya memberhentikan aktiviti/kesalahan atau meroboh sendiri apa-apa struktur yang melanggar peraturan. |
12. | Apakah kesan sekiranya ingkar notis? | MBSJ akan melaksanakan tindakan mengikut arahan dalam notis. |
13. | Bolehkah seseorang menuntut apa-apa bayaran pampasan sekiranya barang-barang dialih/disita atau struktur (setinggan) dirobohkan? | Tidak Layak. |
14. | Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk mengambil kenderaan yang telah ditunda? | Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda. |
15. | Apakah kesan sekiranya kenderaan gagal dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda? | Kenderaan akan diwartakan atau perintah mahkamah akan dibuat seterusnya dilupuskan melalui lelongan awam atau cara lain yang sesuai. |
Submitted by muhammad.shah on Thu, 19/12/2024 - 11:15am