Selangor Kini 29 Oktober - 4 November 2020

SUBANG JAYA KINI DIGELAR BANDARAYA
​​​​​​​

Subang Jaya, sebuah bandar ketiga terbesar di Selangor selepas Petaling Jaya dan Shah Alam, menempa sejarah apabila bandar tersebut dinaik taraf sebagai bandar raya. Pengiktirafan tersebut dimaktubkan melalui watikah pemasyhuran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Beta, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan ini mengisytihar dan menetapkan bahawa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bermula pada 20 Oktober 2020 bersamaan 3 Rabiul Awal 1442 Hijrah menjadi sebuah bandar raya buat selama-lamanya dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ),” titah baginda. Berita lanjut klik pada gambar.









MS