TARIKH IKLAN : 29 FEBRUARI 2026 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP PETI : 11 FEBRUARI 2026 (RABU) 12.00 TENGAH HARI
PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN KENDERAAN BURUK JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL. 3/2026.
Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas. Sesi melihat kenderaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
| 2.1 | Tarikh Lawatan Tapak | : | 04 FEBRUARI 2026 (RABU) |
| 2.2 | Masa | : |
10.00 pagi (sesi taklimat) Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan. |
| 2.3 | Lokasi Berkumpul | : | Depoh Tunda Puchong Utama, Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100 Puchong, Selangor (Belakang Petron Puchong Utama) Google Maps: https://goo.gl/maps/Gm21Kt1nH2W7pWPS7 |
| 2.4 | Jadual sesi melihat kenderaan dan penempatan kenderaan buruk serta jumlah kenderaan adalah seperti di jadual berikut: | : |
|
Bil. |
Depoh Tunda |
Kuantiti |
Waktu melihat kenderaan |
|
|
Kereta dan lain-lain |
Motosikal |
|||
|
1. |
Depoh Puchong Utama |
122 |
37 |
10.30 pagi |
|
2. |
Depoh Sri Puchong |
62 |
- |
11.00 pagi |
|
3. |
Depoh TP 3 |
24 |
- |
11.30 pagi |
|
4. |
Depoh PBS |
17 |
- |
12.00 tengahari |
|
Jumlah |
225 |
37 |
|
|
|
Jumlah Keseluruhan |
262 |
|
||
3. Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
| i. |
Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis). |
| ii. |
MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya. |
| iii. | Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri. |
| iv. | Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh. |
| v. | Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ. |
| vi. | Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan. |
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut :
| i. | Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut |
| ii. | Salinan sijil SSM |
| iii. | Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang : 221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) Atau 221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit). |
| iv. | Profil syarikat |
| v. | Permit Polis |
| vi. | Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun. |
5. Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
Selangor
TARIKH TUTUP PETI : 11 FEBRUARI 2026 (RABU) 12.00 TENGAH HARI