BANDARAYA MAMPAN YANG BESTARI

Sebuah  bandaraya  ‘smart  vibrant’  yang  mempunyai  keunikan  tersendiri  dengan memberikan sepenuhnya ruang dan peluang kepada warga kota untuk terlibat dalam merancang  dan  membangunkan  urbanisasi  fizikal,  ekonomi,  sosial  dan  alam  sekitar dengan  memanfaatkan  sepenuhnya  penggunaan  teknologi  dan  komunikasi  moden untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup semasa dan masa hadapan.


BANDARAYA SMART VIBRANT

Sebuah bandaraya yang hidup (lively), bersemangat (high spirit), bertenaga (energetic), mesra (friendly), hijau (green) dan pintar (smart).


Tagline MBSJ

Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman

Visi MBSJ

Menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan bandaraya mampan yang bestari, kota niaga dan kediaman idaman.

Misi MBSJ

Mewujudkan  dan  menguruskan  bandaraya  yang mempunyai  persekitaran  yang kondusif bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan kehidupan bandar yang bahagia, sejahtera, harmoni dan mampan menjelang tahun 2030

KOTA NIAGA

Bandaraya yang menawarkan pelbagai peluang untuk kecemerlangan berterusan dalam sebuah lanskap ekonomi yang inklusif, mampan, maju dan kompetatif

KEDIAMAN IDAMAN

Peningkatan tahap kualiti kehidupan melalui simbiosis pintar yang menggabungkan keharmonian interaksi di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Pencipta yang menjadikan bandaraya ini sebagai lokasi kediaman idaman

ANTARABANGSA

Mercu keunggulan bandaraya bertaraf antarabangsa yang mempunyai tahap daya tahan dan daya saing global

Matlamat MBSJ

Memastikan MBSJ memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha meletakkan Majlis Bandaraya Subang Jaya sebagai perbandaran bestari yang bersih, cantik dan selesa untuk urusan perniagaan, perindustrian dan kediaman.

Teras Strategik MBSJ

Teras 1: Tadbir Urus Terbaik
Teras 2: Infra Dan Kemudahan Awam
Teras 3: Pembangunan Mampan
Teras 4: Pembangunan Sosio Ekonomi
Teras 5: Capaian Pintar
Teras 6: Pembentukan Masyarakat Madani

Dasar Kualiti MBSJ

"Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi konsep penambahbaikan berterusan berteraskan kepada aplikasi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang mantap untuk menjadi sebuah PBT terunggul di Malaysia dari aspek perkhidmatan bandaraya, pengurusan lanskap, percukaian taksiran, kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, perancangan pembangunan, kemudahan rekreasi dan khidmat kemasyarakatan dengan penuh dedikasi, efisyen dan berintegriti"

OBJEKTIF STRATEGIK / ORGANISASI

1. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

2. Mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan infrastruktur asas, mobiliti dan kemudahan awam.

4. Meningkatkan daya tahan bandar dalam menghadapi risiko bencana.

5. Meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan perbandaran asas (kebersihan / keindahan / kesihatan persekitaran).

6. Mewujudkan ekosistem bandaraya yang hijau, kondusif dan mampan

7. Menggalakkan pembangunan ekonomi yang saksama antara spatial, kaum dan gender.

8. Menggalakkan kemakmuran pertumbuhan ekonomi yang progresif.

9. Mengoptimumkan keperluan dan keselesaan masyarakat.

10. Meningkatkan kelancaran urusan kehidupan.

11. Memastikan wujudnya kesejahteraan perbandaran yang dapat dirasai dan diyakini selamat serta sihat daripada segi fizikal dan mental.

12. Memupuk keharmonian melalui pembentukan masyarakat madani dan penerapan semangat kekitaaan yang tinggi.


FUNGSI ORGANISASI

1. Melaksana dan menambahbaik pengurusan pentadbiran, integriti, kewangan, hasil, percukaian dan perkhidmatan teras.

2. Mengubal, melaksana dan menguatkuasakan peraturan, polisi dan undang-undang.

3. Menyedia, meyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur kemudahan awam dan aset majlis.

4. Merancang dan mengurus sistem lalu lintas, pencahayaan, saliran perbandaran dan kestabilan muka bumi.

5. Menyelia perkhidmatan kebersihan, kesihatan persekitaran dan pengindahan bandar.

6. Merancang, membangun dan mengawal pembangunan bandar dengan mengadaptasikan polisi pembangunan hijau.

7. Merancang dan menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan melalui pengawalan aktiviti perniagaan, perindustrian dan sektor baharu ekonomi.

8. Mengintegrasikan dan menyokong pembangunan bandar pintar.

9. Merancang dan melaksanakan program pembangunan kesejahteraan dan pemberdayaan masyarakat.

10. Memupuk semangat patriotik dan kecintaan perbandaran.

Tarikh Kemaskini : 12 September 2024
MS