PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
Nama Jabatan / Bahagian | Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta |
Nama Ketua Jabatan / Bahagian | Pn. Hjh. Aida Bt Omar |
Tel Jabatan | 03-80263118 |
No Faks Jabatan | 03-80240934 |
E-mel Jabatan | aida@mbsj.gov.my |
FUNGSI JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
1. | Melaksanakan pengurusan pentadbiran, penyediaan Senarai Nilaian dan proses-proses berkaitan Penyediaan Cukai Taksiran mengikut peruntukan bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). |
2. | Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas harta-harta baru milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan-badan Berkanun bagi menuntut Sumbangan Membantu Kadar. |
3. | Mengurus permohonan tanah bagi pihak Majlis untuk tujuan pemberimilikan, lesen, pendudukan sementara, pewartaan dan sebagainya. |
4. | Mengurus penyewaan aset Majlis meliputi medan selera/gerai, pasar awam, tanah dan bangunan milik Majlis serta tapak paparan iklan dalam kawasan pentadbiran MBSJ. |
5. | Mengurus aset-aset milik Majlis dari aspek penyelenggaraan kebersihan, insurans, penyediaan bekalan dan perkhidmatan serta pengurusan utiliti supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa. |
PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
TERAS 1 |
TADBIR URUS TERBAIK |
|
FUNGSI ORGANISASI (FO) |
F0 1 |
|
BIL. |
PIAGAM PELANGGAN (PP) |
TEMPOH |
FUNGSI JABATAN (FJ) |
FJ 1 |
|
PP 1 |
Meminda dan menguatkuasakan Cukai Taksiran ke atas pegangan berkadar mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). |
3 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan Sijil Layak Menduduki (CF) |
PP 2 |
Mencetak dan menguruskan penghantaran Notis Pindaan Senarai Nilaian kepada pemilik harta yang terlibat. |
Tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh Cukai Taksiran dikuatkuasakan |
PP 3 |
Mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan selepas Notis Pindaan kepada Senarai Nilaian dikeluarkan kepada pemilik harta. |
2 kali setahun |
PP 4 |
Mengeluarkan surat keputusan bantahan kepada pemilik harta yang berkaitan |
7 hari dari Keputusan Mesyuarat Majlis Bandaraya Subang Jaya |
PP 5 |
Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan |
3 Hari |
PP 6 |
Menyiasat dan memberi maklum balas semua jenis aduan |
3 Hari |
FUNGSI JABATAN (FJ) |
FJ 2 |
|
PP 7 |
Penyediaan Borang A dan Borang B selepas terima maklumat Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan menyerahkannya kepada agensi kerajaan berkaitan bagi tujuan pengesahan tarikh penghunian / menduduki harta tersebut. Agensi kerajaan tersebut perlu melengkapkan Borang B dan serahkan kembali kepada pihak MBSJ. |
30 hari dari tarikh terima maklumat. |
PP 8 |
Menyediakan dan menyerahkan Borang C serta maklumat-maklumat penilaian harta kepada Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Negeri Selangor bagi tujuan pengesahan nilaian Sumbangan Membantu Berkadar (SMK). |
Sebelum 30 November tahun penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK) |
PP 9 |
Membuat tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK) kepada agensi berkaitan |
selewat-lewatnya sebelum 28 Februari tahun tuntutan |
FUNGSI JABATAN (FJ) |
FJ 3 |
|
PP 10 |
Mengemukakan permohonan hal-hal yang berkaitan tanah yang lengkap kepada agensi |
14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
FUNGSI JABATAN (FJ) |
FJ 4 |
|
PP 11 |
Mengeluarkan surat jawapan keputusan permohonan penyewaan kepada pemohon |
7 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Penuh MBSJ |
PP 12 |
Mengeluarkan bil tuntutan kepada penyewa setiap bulan |
Sebelum 30hb setiap bulan |
TERAS 2 |
INFRA DAN KEMUDAHAN AWAM |
|
FUNGSI ORGANISASI (FO) |
F0 3 |
|
FUNGSI JABATAN (FJ) |
FJ 5 |
|
PP 13 |
Menjalankan lawatan pemeriksaan tapak aset Majlis bagi mengawal selia kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dillantik |
4 kali sebulan(4x4) |
PP 14 |
Memanjangkan aduan kerosakan aset-aset Majlis di bawah seliaan JPPH kepada Jabatan Kejuruteraan |
10 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
PP 15 |
Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan |
3 Hari |