Integriti MBSJ

A.Unit Integriti MBSJ telah ditubuhkan secara rasmi pada 2 Januari 2015 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 iaitu Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam
B.

6 FUNGSI TERAS UNIT INTEGRITI MBSJ

-    TADBIR URUS
-    PENGUKUHAN INTEGRITI
-    PENGESANAN DAN PENGESAHAN
-    PENGURUSAN ADUAN
-    PEMATUHAN
-   TATERTIB

C.

PIAGAM INTEGRITI

VISI
Memperkasakan Warga Kerja Majlis Bandaraya Subang Jaya Yang Berintegriti Dan Bebas Rasuah

MISI
Memperkukuhkan Tadbir Urus dan Integriti Warga Kerja MBSJ Menerusi Pelaksanaan Pelan Antirasuah MBSJ dan Pematuhan Terhadap Akta, Peraturan dan Arahan Yang Berkuat kuasa.

D.

POLISI ANTIRASUAH MBSJ

Polisi ini terpakai kepada semua Pengurusan Tertinggi, Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MBSJ dan turut terpakai kepada semua kontraktor/pembekal, sub-kontraktor/pembekal, konsultan, ejen, wakil dan lain-lain yang menjalankan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak MBSJ dan perlu mematuhi bahagian yang berkaitan dengan polisi ini apabila melakukan sesuatu kerja atau perkhidmatan.

MUAT TURUN POLISI ANTIRASUAH MBSJ

E.

SALURAN ADUAN INTEGRITI

Laporkan Salah Laku Warga Kerja MBSJ :

1. Imbas Kod QR

2. Hadir Ke Unit Integriti

Alamat: Unit Integriti, Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Aras 1, Persiaran Perpaduan,
47610 Subang Jaya, Selangor.

3. E-mel: integriti@mbsj.gov.my

4. Telefon: 03 – 8026 4070 / 4072 / 4073 & Faksimili: 03 – 8026 4071


BORANG ADUAN INTEGRITI MBSJ


Contoh salahlaku warga kerja yang boleh dilaporkan ;

i.    RASUAH
ii.    TUNTUTAN PALSU
iii.    PENIPUAN
iv.    SALAH GUNA KUASA
v.    PELANGGARAN UNDANG- UNDANG, PERATURAN DAN TATATERTIB
vi.    PENYEBARAN MAKLUMAT RAHSIA TANPA KEBENARAN

F.

POLISI PENDEDAHAN MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING POLICY)

MBSJ mengamalkan Polisi Pendedahan Maklumat (Whistleblowing Policy) bagi menggalakkan warga kerja MBSJ dan orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan atau sebarang kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam MBSJ.
Setiap aduan, laporan atau maklumat boleh disalurkan melalui surat, e-mel atau telefon sebelum perjumpaan bersemuka dijalankan;

G.

BAGAIMANA ADUAN BOLEH DIBUAT


i.    Mengisi Borang Pendedahan Kelakuan Tidak Wajar di bawah Akta 711

ii.    Menghantar terus borang kepada pegawai yang diberi kuasa untuk menerima aduan atau pendedahan mengenai kelakuan tidak wajar iaitu:

a. Puan Emilia binti Nasir, CeIO (03 - 8026 4072)
b. Puan Nik Zalina binti Megat Muda, CeIO (03 – 80267417)


MUAT TURUN DOKUMEN

 Borang Pendedahan Kelakuan Tidak Wajar (Whistle Blower)


MS