UNDANG - UNDANG
Nama Jabatan / Bahagian | Jabatan Undang - Undang |
Nama Ketua Jabatan / Bahagian | Puan Anita Bt Abd Jalil |
Tel Jabatan | 03-80263289 |
No Faks Jabatan | 03-80240671 |
E-mel Jabatan | - |
FUNGSI JABATAN UNDANG - UNDANG
• Menyemak fail siasatan daripada Pegawai Penyiasat
• Menyediakan surat cara - surat cara mahkamah
• Mendapatkan sanksi daripada Timbalan Pendakwaraya (TPR)
• Memfailkan kes-kes saman ke Mahkamah
• Mengendalikan proses penyerahan saman dan waran tangkap
• Menghadiri Mahkamah bagi mengendalikan kes-kes sebutan dan perbicaraan
• Menyediakan dan mengenal pasti saksi-saksi bagi perbicaraan
• Mengumpulkan kes-kes perundangan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada
• Mengkaji tentang Undang-Undang sedia ada berdasarkan "Lacuna" yang dihadapi sewaktu perbicaraan
• Memberi taklimat dan penerangan kepada pegawai penyiasat berkenaan penyediaan fail siasatan dan proses siasatan
• Menguruskan kompaun-kompaun yang hendak diselesaikan
• Mengeluarkan notis-notis peringatan
• Menerima dan menjawab surat-surat yang dikemukakan
• Menyerahkan kes-kes yang telah tamat tempoh 60 hari kepada bahagian Pendakwaan
• Memasukkan data-data kompaun ke dalam sistem komputer
• Menangani pemasalahan orang-orang yang dikompaun
• Mengeluarkan Notis dan Notis Peringatan
• Menerima dan menjawab surat-surat Jabatan berkaitan pengurusan kompaun
• Menyediakan bengkel dan latihan pemantapan Fail Siasatan untuk Pegawai Penyiasat
• Memberikan taklimat dan penerangan berkenaan Undang-Undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis kepada orang awam
• Memberikan nasihat dan pandangan perundangan kepada Majlis
• Memberi nasihat perundangan kepada pengurusan atasan dan Ketua-Ketua Jabatan
• Mengkaji dan menyediakan kes-kes perundangan
• Merancang strategi perundangan dengan pengurusan atasan dan Ahli Majlis
• Menyemak dan menyediakan pandangan perundangan ke atas kertas kerja yang memberi kesan ke atas perundangan
• Mengumpulkan kes-kes perundangan berdasarkan peruntukan Undang-Undang sedia ada
• Memastikan semua maklumbalas perundangan yang disediakan pada tahap maksimum bagi mengurangkan risiko kewangan Majlis
• Memastikan keputusan Majlis dibuat berdasarkan kehendak perundangan
• Mengumpulkan kes-kes perundangan terkini yang berkaitan dengan isu-isu Pihak Berkuasa Tempatan
• Memastikan rujukan dan pindaan terkini buku perundangan yang digunapakai oleh Majlis dari masa ke semasa
• Memberi dan menyediakan maklumbalas yang berkaitan dengan khidmat nasihat perundangan dari masa ke semasa
• Menerima dan menjawab surat- surat Jabatan
• Memasukkan data-data ke dalam sistem komputer, BKPI dan star rating
• Mengemaskini, menyelaras rekod-rekod Jabatan, kes- kes saman dan bicara
• Menguruskan aset / logisitk Jabatan
• Menguruskan sistem pemfailan dan rekod Jabatan
• Menguruskan kursus / bengkel untuk kakitangan Jabatan
• Mengemaskini Laman Web Jabatan
• Menyelaras pemantauan bagi "Operasi Penurunan Bunting Dan Iklan-Iklan Haram" di sekitar kawasan angkat Jabatan
• Menguruskan sumber dan logistik semua pegawai dan kakitangan
• Menguruskan urusan kewangan dan perbelanjaan jabatan
• Menguruskan dan memantau tahap displin pegawai dan kakitangan
• Memastikan semua dasar, visi, misi dan sasaran Majlis dipatuhi oleh Jabatan
• Memastikan semua pegawai dan kakitangan bertugas mendapat latihan dan kursus bagi meningkatkan tahap kecekapan dan kepakaran mengikut bidang masing-masing
• Bertanggungjawab sebagai pengurus bagi memastikan pengurusan kewangan Jabatan sentiasa mematuhi prosedur serta perbelanjaan Jabatan digunakan secara berkhemah
• Menilai prestasi dan displin pegawai serta kakitangan Jabatan
• Menyelaras dan memantau Ketua Bahagian dalam menjalankan tugasan bagi mencapi objektif Jabatan
• Memastikan semua pegawai dan kakitangan melaksanakan prosedur mengikut kehendak ISO
• Menggubal dan meminda semua undang-undang yang digunapakai oleh Majlis dari masa ke semasa
• Menggubal dasar-dasar perundangan Majlis
• Menyediakan semua dokumen perundangan Majlis
• Menggubal Undang-Undang baru dan membuat pindaan bagi memantapkan kelompangan dan kelemahan prosedur Majlis
• Menyediakan kertas kerja perundangan di peringkat Majlis
• Mengendalikan bengkel perundangan dan taklimat perundangan di peringkat Majlis dan Pihak Berkuasa Tempatan
• Menguruskan membuat semakan ke atas semua dokumen kontrak dan dokumen perundangan yang berkaitan
• Menyediakan 'template' dokumen-dokumen kontrak dan mengkaji kes-kes tuntutan terhadap Majlis
• Menyelaras dan membuat koordinasi Mesyuarat penyeragaman Undang-Undang
• Mengkaji kelompangan Undang-Undang sedia ada yang mengekang Majlis dari mengambil tindakan penguatkuasaan yang berkesan
• Memastikan Undang-Undang Majlis sentiasa dikemaskini
• Menyemak dan/atau meminda dokumen-dokumen perjanjian dan lain-lain dokumen yang mempunyai implikasi perundangan
• Mengurus dan mengendalikan kes-kes sibil
• Mengurus dan mengendalikan kes Lembaga Rayuan
• Mengkaji dan menyediakan kes-kes perundangan
• Mengendalikan dan memantau kes-kes saman sibil
• Menguruskan dan memantau kes-kes cukai taksiran
• Mengumpulkan kes-kes perundangan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada
• Menyediakan kepakaran Undang-Undang bagi mengendalikan kes-kes Majlis
• Melantik panel peguam bagi mengendalikan kes Majlis
• Memantau dan menilai prestasi panel guaman
• Mendapatkan status laporan bulanan bagi pemantauan prestasi peguam
• Membuat analisa prestasi peguam
• Memberi nasihat kepada pengurusan atasan mengenai perlantikan peguam mengikut kepakaran dan kesulitan kes bagi mendapat khidmat terbaik
• Membuat pembayaran kepada panel peguam
• Menyediakan saksi-saksi kes Mahkamah
• Memberi arahan dan mengesahkan tindakan perundangan yang perlu diambil oleh peguam
• Memastikan prosiding Mahkamah yang dilaksanakan adalah tepat bagi meminimakan kesan perundangan ke atas Majlis
• Memastikan semua kes Majlis dikendalikan dengan baik
• Memberi arahan tindakan terhadap kes-kes rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung kepada Peguam
PIAGAM PELANGGAN JABATAN UNDANG - UNDANG
Bil. |
Elemen Piagam Pelanggan |
Tempoh Masa |
1. |
Menetapkan Kadar Kompaun Bagi Setiap Notis Tawaran Mengkompaun Suatu Kesalahan |
5 Minit |
2. |
Semakan Dokumen Perundangan Dari Tarikh Penerimaan Tertakluk Kepada Dokumen Yang Lengkap dan Teratur |
21 Hari |
3. |
Rayuan Pengurangan Kadar Kompaun Dari Tarikh Notis Tawaran Mengkompaun Dikeluarkan |
60 Hari |
4. |
Menfailkan Kes Ke Mahkamah Selepas Menerima Izin Pendakwaan (Sanksi) Daripada Timbalan Pendakwa Raya Negeri |
7 Hari |
5. |
Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan |
3 Hari |