PIAGAM PELANGGAN MBSJ

Menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan bandaraya mampan yang bestari, kota niaga dan kediaman idaman, semua warga MBSJ berjanji:

1) Memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengurusan perkhidmatan bandaraya, kemudahan awam dan tanggungjawab sosial kepada warga MBSJ.
2) Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan berkesan.
3) Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tegas, adil dan prihatin di samping mengekalkan suasana mesra dan harmoni.
4) Berusaha meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di kawasan MBSJ ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan yang dinamik.
5) Berusaha membantu golongan peniaga dan penjaja dengan menyediakan kemudahan yang sempurna dan menyeluruh.
6) Membuat penilaian hartanah bagi maksud cukai taksiran akan dilaksanakan dengan adil dan harta tetap Majlis akan diuruskan dengan cekap.
7) Memproses permohonan pelan-pelan pembangunan secara adil, cekap dan efisien agar pembangunan tanah mencapai imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar.
8) Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan awam dan taman rekreasi dalam keadaan terbaik.
9) Memastikan penyampaian perkhidmatan barisan hadapan disampaikan dengan penuh mesra, efisien dan berkesan.
10) Memastikan pengurusan ICT yang cekap.

MS