TARIKH IKLAN : 24 OGOS 2026 (ISNIN)
TARIKH TUTUP PETI : 07 SEPTEMBER 2026 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI
PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN KENDERAAN BURUK JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL. 2/2026
Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas. Sesi melihat kenderaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
| 2.1 | Tarikh Lawatan Tapak | : | 03 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) |
| 2.2 | Masa | : | 10.00 pagi (sesi taklimat) Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan. |
| 2.3 | Lokasi Berkumpul | : | Depoh Tunda Puchong Utama, Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100 Puchong, Selangor (Belakang Petron Puchong Utama) Google Maps: https://goo.gl/maps/Gm21Kt1nH2W7pWPS7 |
| 2.4 | Jadual sesi melihat kenderaan dan penempatan kenderaan buruk serta jumlah kenderaan adalah seperti di jadual berikut: | : |
Bil. | Depoh Tunda | Kuantiti | Waktu melihat kenderaan | |
Kereta dan lain-lain | Motosikal | |||
1. | Depoh Puchong Utama | 48 | 96 | 10.15 pagi |
2. | Depoh Sri Puchong | 175 | - | 10.45 pagi |
3. | Depoh TP 3 | 18 | - | 11.15 pagi |
4. | Depoh PBS | 8 | - | 11.45 tengahari |
5. | Depoh Tunda Bukit Serdang (BS 7/16) | 7 | - | 12.30 tengahari |
Jumlah | 256 | 96 |
| |
Jumlah Keseluruhan | 352 |
| ||
MUAT TURUN SENARAI KENDERAAN UNTUK DIJUAL | ||||
3. Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
| i. | Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis). |
| ii. | MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya. |
| iii. | Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri. |
| iv. | Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh. |
| v. | Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ. |
| vi. | Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan. |
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut :
| i. | Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut |
| ii. | Salinan sijil SSM |
| iii. | Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang : 221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) Atau 221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit). |
| iv. | Profil syarikat |
| v. | Permit Polis |
| vi. | Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun. |
5. Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
Selangor
TARIKH TUTUP PETI : 07 SEPTEMBER 2026 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI