MS


UNIT KAWALAN VEKTOR

Unit Vektor bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menilai semua aktiviti bagi mengawal dan mencegah penyakit bawaan vektor iaitu penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan kes demam denggi/ demam denggi berdarah yang dilaporkan oleh hospital/klinik dan hasil kajian aedes yang dijalankan di sesuatu kawasan.

DEMAM DENGGI

Demam DenggI adalah sejenis penyakit yang disebabkan jangkitan virus Denggi (genus flavivirus). Ia disebabkan oleh nyamuk Aedes betina.Cara penyebarannya adalah melalui gigitan nyamuk Aedes tadi.

Terdapat dua  (2) jenis Demam Denggi iaitu Demam Denggi Klassikal (DD) dan Demam Denggi Berdarah (DDB).

Virus Denggi akan berada dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4-6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes Aegypti (Dalam Rumah) dan Aedes Albopictus (Luar Rumah).
Nyamuk ini aktif menyerang pada awal pagi (6.00 pagi-8.00 pagi) dan lewat petang (6.00 petang-8.00 malam)

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

  • Demam mengejut, sakit kepala, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal.
  • Bintik-bintik merah pada badan.
  • Muntah-muntah dan hilang selera makan.
  • Pendarahan pada badan, hidung dan gusi juga boleh berlaku.

BAGAIMANA DEMAM DENGGI BERJANGKIT

1. Nyamuk Aedes menggigit pesakit demam denggi 
2. Nyamuk Aedes membawa virus denggi di dalam badannya3. Nyamuk Aedes menggigit orang yang sihat
4. Orang yang sihat kini dijangkiti demam denggi.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL DEMAM DENGGI

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan tempat-tempat takungan air.
Memeriksa dan membersihkan saluran bumbung rumah (gutter). Menukar air dan mencuci tempayan, pasu bunga dan kolam mandi setiap minggu.
Menutup bekas simpanan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk masuk bertelur.

RIWAYAT NYAMUK AEDES

TELURBerwarna hitam, tersusun seperti rakit. Telur menetas menjadi jentik-jentik   dalam masa 1-3 hari.
LARVA

 Membiak di atas permukaan air. Jentik-jentik bertukar bentuk sebanyak 4 kali dan membesar dalam masa 6-8 hari sebelum menjadi pupa.

PUPA Kepompong berbentuk 'comma' bergerak aktif, peringkat beristirehat dan menjadi nyamuk dewasa dalam masa 1-2 hari.
 NYAMUK   Berwarna hitam dengan corak belang hitam dan putih di badan dan kaki. Boleh hidup lebih kurang sebulan dan hisap darah sebelum bertelur.


AEDES AEGYTI : Terdapat belang tiga di kepala.

AEDES ALBOPICTUS : Terdapat belang satu di kepala.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA KAKITANGAN MPSJ MENJALANKAN AKTIVITI PEMERIKSAAN DI RUMAH?

  • Buka pintu
  • Beri kerjasama

 BILA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

Semburan kabus (fogging) dilakukan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.

Dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk aktif menggigit pada waktu tersebut.

APAKAH TINDAKAN ANDA (PENGHUNI RUMAH) SEMASA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin "Thermal Fogger" yang dikendalikan oleh seorang anggota dinasihatkan supaya mengosongkan premis/rumah, menutup semua tingkap dan pintu kecuali pintu hadapan, menutup atau menyimpan makanan dalam almari atau peti sejuk.  

Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin "Ultra Low Volume" yang biasa di bawa oleh kenderaan (seperti pick-up truck) dinasihatkan supaya membuka pintu dan tingkap, menutup semua tingkap dan pintu kecuali pintu hadapan, menutup atau menyimpan makanan dalam almari atau peti sejuk.  

Total votes: 0