TARIKH IKLAN : 9 JANUARI 2023
TARIKH TUTUP PETI : 19 JANUARI 2023 12.00 TENGAH HARI
 

PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, PUSAT SIBER KAFE DAN CAR WASH JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.3/2022 

Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 
2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 13 Januari 2023 (Jumaat)
2.2 Masa : 10.00 pagi  *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.
2.3 Lokasi Pertama (Berkumpul)  : Depoh Tunda Puchong Utama, 
Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman
Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100     
Puchong, Selangor 
(Belakang Petron Puchong Utama)
2.4 Lokasi Kedua : Stor Barang Rampasan Penguatkuasa,
Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP, 
47600 Subang Jaya, Selangor

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
ii. MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
iii. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos pengangkutan dan lain-lain kos yang terlibat adalah ditanggung oleh pembeli sendiri.
iv. Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau melakukan apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh.
v. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
vi. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

i. Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
ii. Salinan sijil SSM
iii. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :

221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
iv. Profil syarikat
v.  Permit Polis
vi. MUAT TURUN Surat Akuan Pembida (Lampiran F)

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 19 JANUARI 2023 (KHAMIS) 12.00 TENGAH HARI

 

Senarai Barang-Barang Rampasan/ Sitaan Restoran, Halangan, Penjaja, Pusat Siber Kafe Dan Car Wash Jabatan Penguatkuasaan MBSJ Bil.3/2022  

Bil.

Jenis Barang

Kuantiti

Stor Penempatan

1.

Stall

5

Stor Sitaan, Puchong Utama

2.

Kerusi

417

3.

Meja

69

4.

Khemah

17

5.

Kaki Meja

3

6.

Papan Alas Meja

3

7.

Tong Sampah

1

8.

Tong Air

1

9.

Kon

1

10.

Basikal Roda Tiga

10

Jumlah keseluruhan

527

 

MS