TAWARAN PENYEWAAN TANAH KOSONG (STATUS TANAH : PERNIAGAAN)

i. Lokasi : Tapak Lot No. 560 Jalan Bandar Lima Belas, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
ii. GPS Koordinat : 3°02‘14.7"N 101°36'52.5"E
iii. Tujuan Penyewaan : Penyewaan Sebagai Tapak Perniagaan
iv. Keluasan Tapak : 22,215.60 kaki persegi / 2,063 meter persegi
v. Tempoh Sewaan : Tiga (3) Tahun
vi. Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober 2023 (Jumaat) (Sebelum  12.00 Tengahari)
vii. Dokumen Yang Perlu Disertakan : Surat Permohonan, Profil Syarikat, Kadar Sewa yang Ditawarkan, Konsep Perniagaan Yang Akan Dijalankan, Sijil Pendaftaran Syarikat dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
viii. Jangkaan Mula Sewa : 1 Disember 2023

2.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i. 

Pengusaha yang berminat dinasihati agar melihat sendiri tapak tersebut.

ii. 

Pengusaha juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan tapak ini termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, kebenaran dari Agensi Berkaitan dan/atau Jabatan Teknikal MBSJ, permohonan lesen, pembaikan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan.

iii.

Kertas cadangan dan tawaran kadar penyewaan termasuk maklumat syarikat hendaklah dihantar kepada alamat berikut:-

       
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

SEBARANG PERTANYAAN,
SILA HUBUNGI:
03 - 8026 7425 / 4339 / 4021
Cik Adibah / En. Zulfakar / En. Amin
 


MS