TARIKH IKLAN : 05 DISEMBER 2023 (SELASA)
TARIKH TUTUP PETI :  18 DISEMBER 2023 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI
 

PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, PUSAT SIBER KAFE DAN CAR WASH JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.3/2023 (JUALAN SISA) 

Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 
2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 12 DISEMBER 2023 (SELASA)
2.2 Masa : 10.00 pagi (sesi taklimat) 
* Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.
* Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.
2.3 Lokasi Pertama (Berkumpul)  : Stor Barang Rampasan Penguatkuasa,

Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP, 
47600 Subang Jaya, Selangor
Google Maps : https://goo.gl/maps/LV8H96PZSayCpRew5
2.4 Lokasi Kedua :

Stor Barang Rampasan Penguatkuasa HQ
 
Persiaran Perpaduan USJ 5,
47610 Subang Jaya, Selangor
Google Maps: https://goo.gl/maps/68mtpSXzCMMjredN7

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.  Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
ii.  MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
iii. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
iv. Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh/bangunan Majlis.
v. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak syarikat secara bertulis/emel, pihak syarikat boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
vi. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

i. Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
ii. Salinan sijil SSM
iii. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :

221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
iv. Profil syarikat
v.  Permit Polis
vi. Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun.

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 18 DISEMBER 2023 12.00 TENGAH HARI

MUAT TURUN SURAT AKAUN PEMBIDA (LAMPIRAN F) 


Senarai Barang-Barang Rampasan / Sitaan Restoran, Halangan, Penjaja, Rumah Urut Dan Car Wash (Jualan Sisa) Jabatan Penguatkuasaan MBSJ Bil.3/2023 

BIL.

JENIS BARANG

KUANTITI

STOR PENEMPATAN

  1.  

MEJA

73

Stor Sitaan

HQ dan Jalan TP 2

  1.  

KERUSI

253

  1.  

STALL

3

  1.  

KHEMAH

11

  1.  

PAYUNG

9

  1.  

TONG GAS

4

  1.  

TONG AIS

4

  1.  

TIMBANG

1

  1.  

TRAY HITAM

10

  1.  

DAPUR

2

  1.  

MESIN POTONG BESI

1

  1.  

MESIN SKRU

1

  1.  

SANGKAR KELAPA

2

  1.  

BAKUL

2

  1.  

WATER JET

4

  1.  

COMPRESSOR

2

  1.  

SNOW TANK

1

  1.  

VACUUM

4

  1.  

BARANGAN AM

10 plastik

  1.  

TILAM

51

  1.  

BANTAL

56

  1.  

KATIL

13

  1.  

SOFA

10

JUMLAH KESELURUHAN

527

MS