Hanya penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri kerja-kerja undi ini dan wakil syarikat adalah tidak dibenarkan. Kontraktor juga diminta membawa cap syarikat dan mengemukakan Kad Pengenalan bagi tujuan pemberian nombor undi semasa hadir pada hari cabutan undi. Setiap Syarikat hanya dibenarkan untuk mendaftar sekali sahaja bagi cabutan undi ini. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi nombor talian 03-8026 3212.


Pendaftaran boleh dibuat melalui https://forms.gle/DoH7FYUvkmxbpfT97 atau dengan menimbas kod QR diatas. Kontraktor adalah DIWAJIBKAN untuk hadir secara fizikal pada hari pengundian dilakukan. Hanya kontraktor yang membuat pendaftaran melalui pautan atau QR diatas sahaja dibenarkan untuk hadir.


Kontraktor-kontraktor juga diingatkan bahawa, semua maklumat-maklumat yang diberikan hendaklah benar dan tepat dan sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang tidak benar, Majlis Bandaraya Subang Jaya berhak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tawaran dibuat terhadap syarikat.


DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
www.mbsj.gov.my

MS