TARIKH TUTUP : 17 DISEMBER 2024 (SELASA) 12.00 TENGAH HARI
IKLAN PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN SECARA LELONGAN AWAM BIL.1/2024.
Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Subang Jaya mempelawa mana-mana syarikat/individu untuk membeli barang-barang sitaan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Subang Jaya pada ketetapan berikut :
| 2.1 | Tarikh Lawatan Tapak | : | 17 DISEMBER 2024 (SELASA) |
| 2.2 | Masa | : | 09.00 pagi *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan. |
| 2.3 | Lokasi Berkumpul | : | Stor Barang Rampasan Penguatkuasa TP 2 Jalan TP 2, Taman Perindustrian Uep, 47600 Subang Jaya, Selangor Google Maps: https://goo.gl/maps/LV8H96PZSayCpRew5 |
| 2.3 | Dokumen | : | MUAT TURUN SENARAI BARANG |
3. Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
- Kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya adalah tidak dibenarkan menyertai lelongan awam.
- Warganegara asing tidak layak menyertai lelongan awam.
- Pembida hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan hendaklah mengemukakan salinan Kad Pengenalan bagi proses penyelenggaraan tuntutan.
- Pembida bebas untuk membeli apa jua barang-barang yang dilelong dan pihak Majlis tidak mengehadkan pembeliaan kepada seseorang individu.
- Pembida tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam kawasan tempat meletak barang-barang lelong yang dipagari dengan tali rentang iaitu sebelum, semasa dan selepas lelongan.
- Pembida hanya boleh melihat atau memerhati keadaan barang- barang tersebut daripada bahagian luar kawasan lelongan tersebut.
- Pembida tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan persendirian selain daripada tempat yang ditetapkan oleh Majlis.
- Barang-barang elektrik seperti nyalaan lampu, menghidupkan generator, menghidupkan dapur atau sebagainya tidak boleh didemonstrasikan (pemeriksaan tahap kefungsian barang) semasa lelongan, sebelum atau selepas lelongan.
- Kenderaan yang dilelong, tidak akan didemonstrasikan (pemeriksaan tahap kefungsian kenderaan) semasa lelongan, sebelum atau selepas lelongan.
- Pembida tidak akan dilayan sekiranya loceng penutup harga telah dibunyikan oleh Pegawai Pelelong walaupun pembeli / pembida itu menawarkan harga yang tinggi.
- Apabila pembida yang membuat tawaran pada harga yang tertinggi dan Pegawai Pelelong telah memutuskan tawaran itu sebagai harga yang muktamad, maka pembida tersebut wajib untuk membeli dengan kadar yang ditetapkan.
- Pembida yang berjaya adalah tidak dibenarkan untuk membuat tawar- menawar bagi memohon agar harga bayaran dapat dikurangkan kepada Pegawai Pelelong.
- Pembida hendaklah menunjukkan resit bayaran kepada Penyelia Baayaran untuk menuntut barang yang telah dibeli. Sekiranya resit bayaran didapati telah hilang, tuntutan barang terhadap barang tersebut akan ditolak.
- Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau membayar ganti rugi ke atas apa-apa kerosakan terhadap barang-barang atau kenderaan yang telah dilelong.
- Perkhidmatan pengangkutan tidak akan disediakan dan kos pengangkutan tidak akan ditanggung oleh Majlis.
- Sebarang tuntutan semula wang semula untuk membatalkan pembelian atau menyerahkan semula barang yang dibeli adalah tidak dibenarkan.
- Keputusan Majlis dalam menetapkan harga barang adalah muktamad.
- Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang-barang atau kenderaan yang telah dibeli.
- Pembida adalah dinasihatkan untuk menuntut dan menyimpan barang- barang yang dibeli segera sebelum menyertai lelongan yang lain.
- Pihak Majlis tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan atau kemalangan semasa proses mengangkat / membawa/ menyimpan barang- barang yang dibeli keluar dari perkarangan lelongan.
MS