
PROGRAM FUN RUN 5KM & FUN RIDE 15KM SEMPENA HARI TANPA KENDERAAN SUBANG JAYA (#HTKSJ) 2025 EDISI KETIGA DAN BULAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KINI KEMBALI!
Ayuh gegarkan #HTKSJ edisi kali ini dengan semangat gaya hidup sihat dan aktif bersama komuniti Subang Jaya sempena sambutan Bulan Kemerdekaan seperti butiran berikut :
Tarikh: 10 Ogos 2025 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Lokasi: AEON Mall, Taman Equine, Seri Kembangan
Istimewa edisi kali ini:
- 300 medal eksklusif menanti peserta terawal FUN RUN dan 100 medal eksklusif untuk peserta FUN RIDE yang mendaftar di bawah Pakej A.
- Berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH dengan hadiah menarik termasuk sebuah motosikal elektrik (EV) LION G1 bernilai RM4,000, basikal roadbike dan barangan elektrik!
- Peserta Pakej A dan C1 turut menerima T-shirt rasmi program sebagai cenderahati penyertaan.
- Pakej C dibuka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Sekolah yang mencatatkan penyertaan tertinggi bakal menerima Anugerah Khas sebagai penghargaan atas komitmen dan kerjasama memupuk kesedaran awal terhadap gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta menyemarakkan semangat patriotik sambil menyokong usaha #SJcitycouncil merealisasikan Subang Jaya sebagai sebuah bandar raya rendah karbon yang mampan!
'MBSJ Gemilang Bersama'
Sahkan penyertaan anda sekarang! Imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran.
Pakej A & B : SILA DAFTAR DISINI
Pakej C : SILA DAFTAR DISINI






SEMAKAN SIJIL PENYERTAAN HTKSJ FUN RUN / RIDE SIRI 3/2025
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai acara HTKSJ Fun Run / Ride Siri 3/2025. Untuk makluman, semua pelajar sekolah rendah & menengah yang menyertai acara ini layak menerima sijil penyertaan bagi pembuktian pemberian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kurikulum (PAJSK).
Sijil penyertaan (fizikal) akan dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan akan diberikan ke sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. Walaubagaimanapun terdapat masalah di mana terdapat penyertaan pelajar yang didaftarkan tidak melalui Kod QR untuk Pakej C (dikhaskan untuk pelajar sahaja). Justeru, pihak Majlis tidak dapat mengenalpasti pelajar tersebut belajar di sekolah yang mana.
Dilampirkan di sini Senarai nama mengikut Sekolah Rendah & Sekolah Menengah :
i. Senarai Pelajar Sekolah Rendah
ii. Senarai Pelajar Sekolah Menengah
Sekiranya nama peserta tidak tersenarai, sila menghubungi pihak penganjur secara ‘Whatsapp’ di talian 011 3338 9868 dengan menaip HTKSJ dan Nama Pelajar & No Kad Pengenalan. Kemudian peserta perlu memasukkan butiran peserta dan sekolah di dalam borang (google form) melalui pautan (link) yang diberikan kelak.
Pihak Majlis akan cuba menyelesaikan urusan pengeluaran sijil ini secepat mungkin.
Sekali lagi pihak Majlis merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas penyertaan pelajar di dalam acara ini. Sebarang masalah, sila berhubung melalui whatsapps) dengan En Azzy di talian 011 3338 9868 dan En Baihaqi talian 012683 5350 (8 pagi hingga 5 petang)