SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2026.

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Kempen ini terbuka kepada semua premis kediaman di bawah kawasan pentadbiran MBSJ termasuk rumah teres, rumah berkembar, banglo, kediaman bertingkat (high-rise), kediaman khas dan rumah tradisional Malaysia.

Cara Penyertaan: -

Peserta hendaklah:

  • Mengibarkan sekurang-kurangnya satu (1) Jalur Gemilang di hadapan premis kediaman mengikut protokol pengibaran bendera yang betul dan terhormat.
  • Mengambil gambar penyertaan dengan secara suafoto (selfie) dan persekitaran (dilarang menggunakan bantuan artificial intelligence A.I) dan memuat naik gambar tersebut di akaun media sosial masing-masing bersama Hashtag rasmi:

#SemarakKibarJalurGemilang

#MBSJxSubangParade

#MBSJxSubangParade #HKHM2026

#MalaysiaMADANI

#KesejahteraanDinikmati

  • Mengikuti akaun rasmi MBSJ di Facebook, Instagram, X dan TikTok.
  • Mengisi borang penyertaan ini dengan lengkap serta menyertakan pautan hantaran media sosial sebagai bukti penyertaan.

Tempoh Kempen:

  • Pendaftaran: 1 Ogos 2026 hingga 20 Ogos 2026
  • Tempoh pengibaran Jalur Gemilang: 1 Ogos 2026 hingga 16 September 2026

Hadiah:

  • Peserta yang memenuhi semua syarat penyertaan akan berpeluang memenangi 30 hadiah cabutan bertuah.
  • Selain itu, peserta juga boleh menyertai kategori Rumah Paling Ceria dan Patriotik, di mana sebanyak 10 buah rumah akan dipilih berdasarkan kreativiti hiasan serta pematuhan terhadap protokol pengibaran Jalur Gemilang.
  • Penyertaan hanya terbuka kepada penghuni di kediaman berkenaan. Bilangan penyertaan bagi setiap kediaman adalah tidak terhad. Walau bagaimanapun, setiap kediaman hanya layak memenangi satu (1) hadiah cabutan bertuah.
  • Pengumuman pemenang bagi kategori Rumah Paling Ceria dan Patriotik serta Cabutan Bertuah akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi MBSJ.
  • Semua hadiah kepada para pemenang akan disampaikan pada 13 September 2026 (Ahad) bertempat di Subang Parade bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat MBSJ 2026.

Maklumat Penting:

  • MBSJ berhak menjalankan semakan dan lawatan ke premis kediaman peserta bagi tujuan pengesahan dan penilaian.
  • Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan MBSJ adalah muktamad.
  • Gambar dan maklumat penyertaan boleh digunakan oleh MBSJ bagi tujuan promosi, publisiti dan dokumentasi rasmi.
MS