Simfoni Merdeka Subang Jaya 2026

Sempena Hari Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membawakan Simfoni Merdeka Subang Jaya 2026 menerusi Pertandingan Koir Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Petaling Perdana 2026.

Bertemakan “Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia”, pertandingan ini menjadi platform untuk mencungkil bakat serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda melalui muzik dan nyanyian.

Tarikh : 12 September 2026 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Lokasi : Pusat Beli-Belah Subang Parade, Subang Jaya

Hadiah wang tunai menanti para pemenang, selain sijil penyertaan dan markah PAJSK kepada para peserta.

Penyertaan dibuka sehingga 20 Ogos 2026.

Sila imbas kod QR yang disediakan untuk tujuan pendaftaran penyertaan.

Ayuh sertai dan meriahkan Simfoni Merdeka Subang Jaya 2026!

#SJcitycouncil
#MBSJgemilangbersama
#MerdekaMBSJSubangParade2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati

MS