HTK Bulan Oktober 2024

HTKSJ Fun Run, Walk & Ride 2026 Sempena Hari Tanpa Karbon MBSJ 2026

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjemput orang ramai untuk menyertai HTKSJ Fun Run, Walk & Ride 2026 yang dianjurkan bersempena Hari Tanpa Karbon MBSJ 2026* pada 1 November 2026 bertempat di Giant Bandar Kinrara.

Peserta boleh memilih untuk menyertai Fun Run & Walk sejauh 5KM atau *Fun Ride sejauh 5KM dan 16KM, dengan yuran penyertaan hanya RM15.

Pelbagai keistimewaan menanti peserta, termasuk *900 helai T-shirt percuma* untuk peserta terawal. Selain itu, *300 peserta terawal yang menamatkan acara Fun Run & Walk akan menerima pingat acara. Turut disediakan 10 hadiah cabutan bertuah, dengan motosikal elektrik sebagai hadiah utama.

Butiran Program:

Tarikh: 1 November 2026 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Giant Bandar Kinrara
Yuran Penyertaan:* RM15
Tarikh Tutup Pendaftaran: 16 Oktober 2026

Penganjuran HTKSJ Fun Run, Walk & Ride 2026 merupakan antara inisiatif MBSJ dalam menggalakkan gaya hidup aktif, penglibatan komuniti serta kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar, selaras dengan aspirasi membentuk Subang Jaya sebagai bandar yang sihat, rendah karbon dan lestari.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara ini!

Untuk pendaftaran, sila klik pada poster di bawah.

Ayuh daftar sekarang dan bersama-sama kita melangkah ke arah komuniti yang lebih aktif serta bandar yang lebih lestari.


MS