TARIKH IKLAN : 14 SEPTEMBER 2022
TARIKH TUTUP : 28 OKTOBER 2022 JUMAAT (SEBELUM 4.00 PETANG)
PELAWAAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN 1 UNIT TADIKA

| Lokasi | : Jalan Prima 7/1, Taman Puchong Prima |
| Keluasan | : 2,380 kaki persegi |
| Kaedah Penyewaan | : Penyewaan dan Pengurusan Satu (1) Unit Tadika |
| Tempoh Sewa | : Dua (2) + Satu (1) Tahun |
| Tarikh Tutup Permohonan | : 28 Oktober 2022 (Jumaat) (Sebelum 12.00 tengahari) |
| Dokumen Yang Perlu Disertakan | : Borang yang dilengkapkan, Profil Syarikat, Sijil Pendaftaran Perlu Disertakan Pendaftaran Syarikat, Penyata Akaun Bank Terkini (3 bulan) dan lain-lain dokumen yang berkaitan. |
| Kadar Sewa Minimum | : RM 1,500.00 sebulan |
| Jangkaan Mula Sewa | : 1 Disember 2022 |
| Muat Turun Borang | Borang Permohonan Penyewaan Hartanah Milik MBSJ Permohonan Atas Nama Syarikat |
|
Lawatan tapak dibuka kepada pengusaha dan orang awam pada 28 September 2022 (Rabu) jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari. Pemohon yang berminat boleh terus ke lokasi yang dinyatakan untuk melihat keadaan fizikal aset. |
|
Pengusaha yang dipilih juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan di atas termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, pembaikan premis, tandas dan taman permainan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan. |
|
Kadar sewa minimum yang ditetapkan adalah RM 1,500.00. Pihak pemohon boleh dan digalakkan untuk menawarkan kadar sewa yang sewajarnya melebihi kadar sewa minimum yang ditetapkan. |
|
Borang permohonan boleh didapati dengan mengimbas ‘QR Code’ di sebelah. Tawaran penyewaan/borang serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dihantar kepada alamat di bawah:- |
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MBSJ
03-8026 7425 / 3108 / 4021
