TARIKH IKLAN : 5 APRIL 2022
TARIKH TUTUP PETI : 15 APRIL 2022 12.00 TENGAH HARI
 

PENJUALAN PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, CAR WASH DAN RUMAH URUT JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.1/2022 (E-WASTE)

Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 
2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 11 April 2022 (Isnin)
2.2 Masa : 10.00 pagi  *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.
2.3 Lokasi Pertama (Berkumpul)  : Depoh Tunda Puchong Utama, 
Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman
Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100     
Puchong, Selangor 
(Belakang Petron Puchong Utama)
2.4 Lokasi Kedua : Stor Barang Rampasan Penguatkuasa,
Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP, 
47600 Subang Jaya, Selangor

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.  Semua individu/wakil pembeli yang hadir semasa sesi lawatan tapak mesti telah lengkap vaksinasi 2 dos suntikan Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac (selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua)
ii.  Semua individu/pihak yang terlibat semasa sesi pengambilan kenderaan bagi  pembeli yang berjaya memenangi sebut harga mesti telah lengkap vaksinasi 2 dos suntikan Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac (selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua).
iii.  Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
iv.  MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
v. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
vi. Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh/bangunan Majlis.
vii. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak syarikat secara bertulis/emel, pihak syarikat boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
viii. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

i. Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
ii. Salinan sijil SSM
iii. Syarikat yang dilesenkan sebagai Premis Pemerolehan Kembali e-waste (kod lesen SW110) oleh Jabatan Alam Sekitar.
iv. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :

221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
v. Profil syarikat
vi.  Permit Polis
vi. Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun.

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 15 APRIL 2022 12.00 TENGAH HARI

MUAT TURUN SURAT AKAUN PEMBIDA (LAMPIRAN F) 


Senarai Barang-Barang Rampasan/ Sitaan Restoran, Halangan, Penjaja, Car Wash Dan Rumah Urut Jabatan Penguatkuasaan MBSJ BIL.2/2021 (E-Waste)

Bil.

Jenis Barang

Kuantiti

Stor Penempatan

1.

Vacuum

15

Stor Barang Rampasan, Depoh Puchong Utama

2.

Water Pump

10

3.

Snow Tank

4

4.

Kompressor

1

1.

Peti Ais

1

Stor Barang Rampasan, Taman Perindustrian, TP 2

MS