HTK Bulan Oktober 2024

PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN SUBANG JAYA SEMPENA ULANG TAHUN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA KE-4.

Jom sertai Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya sempena Ulang Tahun ke-4 #SJcitycouncil pada 20 Oktober 2024 (Ahad) bermula pada jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi di Pasaraya Giant Bandar Kinrara, Puchong.

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga:
* Senamrobik  
* Larian Santai 5km (Fun Run)  
* Kayuhan Santai 24km (Fun Ride)  
* Fiesta Sarapan Pagi  
* Pertandingan Mewarna  
* Eksplorasi Kenali & Musnahkan Denggi  
* Eksplorasi Bandar Rendah Karbon  
* Eco Free Market (EFM)  
* Pertandingan Street Soccer  
* Demonstrasi PDRM (Unit Anjing Pengesan K9)  
* Demonstrasi Bomba (Pemadam Kebakaran & Menyelamat Aras Tinggi)  
* Kaunter Mesra Rakyat  
* Pameran Cegah Jenayah (IPD Serdang)  
* Pameran Cegah Denggi (MBSJ)  
* Pameran Kitar Semula (MBSJ)  
* Pameran daripada AADK, PERKESO, APM, JPM  

Hadiah menarik & cabutan bertuah menanti anda!

Marilah bersama-sama meraikan ulang tahun ke-4 #SJcitycouncil dan menyokong usaha menjadikan Subang Jaya bandar raya rendah karbon.


MS