RANCANGAN TEMPATAN SUBANG JAYA 2035 (PENGUBAHAN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Subang Jaya dalam proses penyediaan pengubahan Rancangan Tempatan Subang Jaya (RTSJ2035). Program Publisti Awal merupakan satu kaedah hebahan dan pemakluman kepada pemunya harta dan pihak berkepentingan mengenai penyediaan Rancangan Tempatan ini dan ia selaras dengan keperluan di bawah seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).


Program Publisiti Awal RTSJ2035 (Pengubahan) ini akan berlangsung mulai 01 November 2023 sehingga 30 November 2023 Maklumbalas anda amat dialu-alukan dan boleh dikemukakan melalui surat, email dan faks.



NOTIS PEMBERITAHUAN KALI KEDUA

Penyediaan Asas Rujukan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Pengubahan) adalah untuk membuat semakan dan pengubahan ke atas sebahagian pernyataan bertulis, pelan guna tanah dan jadual klasifikasi kegunaan tanah, serta cadangan projek pembangunan Selangor Maritime Gateway (SMG).

Majlis Bandaraya Subang Jaya dengan ini sekali lagi menjemput pemunya tanah di kawasan Bandaraya Subang Jaya untuk mengemukakan cadangan-cadangan kepada Penyediaan Asas Rujukan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Pengubahan).

Cadangan-cadangan hendaklah dihantar secara rasmi kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya sebelum atau pada 30 November 2023 ke alamat seperti berikut :

DATUK BANDAR
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Pengarah Perancang Bandar)

Tel    : 03-8026 4425 / 03-8026 3226
Faks : 03-8024 0829
Emel : rtsj2035.pengubahan@mbsj.gov.my
Web  : www.mbsj.gov.my


MS