
BUTIRAN PERMOHONAN
| Lokasi | : Medan Selera Puchong Permai, 47150 Puchong Selangor Darul Ehsan |
| Kadar Sewa Minimum | : RM 350.00 sebulan |
| Tempoh Sewa | : Dua (2) Tahun |
| Bilangan Gerai | : 20 Unit Gerai |
| Jenis Perniagaan | : Makanan / Minuman |
| Tarikh Tutup Permohonan | : 10 September 2021 (Jumaat) jam 12.00 tengahari |
TERMA & SYARAT
1. Keutamaan permohonan kepada anak Selangor dan individu yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya.
2. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 (satu) permohonan sahaja.
3. Dokumen yang tidak lengkap akan DITOLAK.
4. Dokumen yang diperlukan :
- 1 (SATU) salinan kad pengenalan pemohon dan salinan bil utiliti
- 1 (SATU) gambar berukuran passport
5. Borang permohonan boleh didapati menerusi laman web MBSJ (Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta – Bahagian borang) atau di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Aras 2, MBSJ. Pemohon diminta untuk mengisi kadar sewaan yang ditawarkan yang tidak boleh kurang daripada kadar sewa minimum yang ditetapkan.
6. Keutamaan permohonan kepada pemohon yang tidak mempunyai pekerjaan tetap / mempunyai pengalaman dalam perniagaan makanan dan penjaja jalanan.
Borang permohonan yang lengkap perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dimasukkan ke dalam ‘drop box’ Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di lobi Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang Jaya atau pos kepada alamat di bawah :-
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan Gerai / Pasar AwamALAMAT
Peti Sebut Harga
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
SEBARANG PERTANYAAN
SILA HUBUNGI :
03 – 8026 3109 (En. Musyiri)
03 – 8026 3162 (En. Mohan)
03 – 8026 4337 (En. Khalil)