TARIKH IKLAN : 20 DISEMBER 2023
TARIKH TUTUP : 26 JANUARI 2024 (JUMAAT) (SEBELUM 12.00 TENGAHARI)
TAWARAN PENYEWAAN RUANG KAFETERIA KOMPLEKS KEMUDAHAN DAN KEMASYARAKATAN (3K), SS13, SUBANG JAYA.
Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


| Lokasi | : Aras G Kafeteria di Kompleks Kemudahan dan Kemasyarakatan (3K), Jalan SS 13/3, SS 13, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. |
| GPS Koordinat | : 3°04'08.6"N 101°35'38.3"E |
| Tujuan Penyewaan | : Penyewaan Ruang Kafeteria |
| Keluasan Tapak | : 130.0 meter persegi |
| Tempoh Sewaan | : Tiga (3) Tahun |
| Kadar Sewaan Minimum | : RM 1,500.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Lima Ratus Sahaja). |
| Tarikh Tutup Permohonan | : 26 Januari 2024 (Jumaat) (Sebelum 12.00 Tengahari) |
| Dokumen Yang Perlu Disertakan | : Borang Permohonan, Profil Syarikat, Kadar Sewa yang Ditawarkan, Konsep Perniagaan Yang Akan Dijalankan, Sijil Pendaftaran Syarikat, Penyata Akaun Bank Terkini (3 bulan) dan lain-lain dokumen yang berkaitan. |
| Lawatan Tapak | : Sesi lawatan tapak untuk pemohon yang berminat akan diadakan pada 9 Januari 2024 (Selasa) (Jam 10.00 pagi – 11.00 pagi) |
|
Pengusaha juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan ruang tersebut termasuk kerja-kerja pembersihan, pembaikan serta pembayaran bil-bil utiliti sepanjang tempoh sewaan. |
|
Borang permohonan boleh didapati dengan mengimbas ‘QR Code’ di lampiran dan pembida perlu menyediakan deposit bidaan. Tawaran penyewaan / borang serta cadangan perniagaan dan butiran syarikat perlu dimasukkan di dalam sampul dan dihantar kepada alamat di bawah :- |
|
|
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
03-8026 3108
03-8026 4339
03-8026 4021
Cik Adibah / En. Zulfakar / En. Amin
