MAKLUMAN BERKENAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE-TCC) DI DALAM PEROLEHAN DI MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA.

Adalah dimaklumkan bahawa, didapati masih terdapat sebahagian syarikat yang masih belum mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) di dalam perolehan di Majlis Bandaraya Subang Jaya.
    
Merujuk Kepada Surat Edaran Bagi Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) kepada semua Agensi Kerajaan Bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan (Perunding dan Bukan Perunding) dan Kerja, pengemukaan TCC adalah merupakan syarat tambahan wajib dalam dokumen Perolehan Kerajaan mulai 1 Julai 2025 yang perlu dikemukakan oleh pihak syarikat yang menyertai semua perolehan di Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Sehubungan dengan itu, kegagalan pihak syarikat mengemukakan TCC berstatus PATUH dan masih sah akan mengakibatkan tawaran syarikat tidak layak dinilai ke peringkat seterusnya. Pihak syarikat boleh menyemak di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan PPP.treasury.gov.my berkenaan surat edaran tersebut.


Sekian.

MS