TARIKH IKLAN : 01 DISEMBER 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP PETI :  15 DISEMBER 2025 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI
 

PELAWAAN SEMULA PENJUALAN PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, PUSAT HIBURAN, SIBER KAFE DAN CAR WASH JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.3/2025 (JUALAN SISA DAN E-WASTE).

Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 
2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 09 DISEMBER 2025 (SELASA)
2.2 Masa : 10.00 pagi (Sesi Taklimat)  *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.
2.3 Lokasi Berkumpul : Stor Barang Rampasan Penguatkuasa TP 2
Jalan TP 2, Taman Perindustrian Uep,
47600 Subang Jaya, Selangor
Google Maps: https://goo.gl/maps/LV8H96PZSayCpRew5

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
ii. MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
iii. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos pengangkutan dan lain-lain kos yang terlibat adalah ditanggung oleh pembeli sendiri
iv. Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau melakukan apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh.
v. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
vi. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

4.1 Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
4.2 Salinan sijil SSM
4.3

Syarikat yang dilesenkan sebagai Premis Pemerolehan Kembali e-waste (kod lesen SW110) oleh Jabatan Alam Sekitar.

4.4

Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :

221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).

4.5 Profil syarikat
4.6  Permit Polis
5. MUAT TURUN Surat Akuan Pembida Lampiran F

6.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor.

7. TARIKH TUTUP PETI :  15 DISEMBER 2025 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI
 


SENARAI BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, PUSAT HIBURAN, SIBER KAFE DAN CAR WASH JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.1/2025 (JUALAN SISA).

  KAEDAH PELUPUSAN : JUALAN SISA

BIL.

JENIS BARANG

JUMLAH BARANG        (PER UNIT)

1

MEJA

90

2

KERUSI

149

3

KHEMAH

37

4

TROLI

4

5

DAPUR 

3

6

SANGKAR KELAPA

3

7

TONG OREN

5

8

PAYUNG

6

JUMLAH KESELURUHAN

297


SENARAI BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, PUSAT HIBURAN, SIBER KAFE DAN CAR WASH JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.1/2025 (E-WASTE).

KAEDAH PELUPUSAN : E-WASTE

BIL.

JENIS BARANG

JUMLAH BARANG        (PER UNIT)

1

MESIN BASUH

5

2

WATER JET

1

JUMLAH KESELURUHAN

6

MS