TARIKH IKLAN : 12 DISEMBER 2025
TARIKH TUTUP  : 02 JANUARI 2026 (JUMAAT) (SEBELUM 12.00 TENGAHARI)
 

TAWARAN PENYEWAAN MEDAN SELERA, PASAR AWAM MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA SECARA TERBUKA 

Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 

I. PASAR AWAM 

Bil. Lokasi Bilangan Kekosongan No. Unit Kadar Sewa Minimum Jenis Perniagaan

1.

Pasar Awam Taman Sri Serdang

2

3 & 18

RM 120.00

Kering

9

22, 23, 25, 26, 30, 34, 36, 37 & 38

RM 120.00

Sayur / Santan / Ayam

Daging / Barang Basah

II. MEDAN SELERA 

Bil. Lokasi Bilangan Kekosongan No. Unit Kadar Sewa Minimum Jenis Perniagaan

1.

Medan Selera Jalan Nilam 1/1, Taman Batu Tiga (Subang Hi-Tech)

5

2, 3, 6, 10 & 11

RM 250.00

Makanan / Minuman                  (operasi siang & malam)

2.

Medan Selera Jalan Nilam 1/2, Taman Batu Tiga (Tropicana)

2

6 & 18

RM 350.00

3.

Medan Selera USJ 1, Subang Jaya

3

2, 13 & 15

RM 400.00

4.

Medan Selera USJ 7, Subang Jaya

1

4

RM 400.00

5.

Medan Selera SS 19, Subang Jaya

1

8

RM 400.00

6.

Medan Selera Taman Seri Serdang (Pekan)

1

12

RM 400.00

Kering

TERMA DAN SYARAT 

Keutamaan permohonan kepada anak Selangor (berumur tidak kurang 18 tahun) dan individu yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang  Jaya.

Hanya satu (1) permohonan dibenarkan bagi setiap individu.

Dokumen yang tidak lengkap akan DITOLAK.

Pemohon diminta untuk melihat sendiri lokasi yang dipohon dan menu yang dicadangkan disarankan berlainan dengan menu sedia ada di tapak. 

Dokumen yang diperlukan    : 1 salinan kad pengenalan pemohon 
                                               1 gambar ukuran passport
                                               1 salinan bil utiliti

Borang  permohonan  boleh diperolehi di QR Code yang tertera. Pemohon  diminta  untuk  mengisi   kadar  sewaan yang ditawarkan dalam borang permohonan. Kadar sewa tidak boleh kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan.

Keutamaan permohonan kepada pemohon yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai pengalaman yang berkaitan  dengan Jenis Perniagaan yang dimohon.

Tarikh tutup permohonan : 2 Januari 2026 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.

Borang  permohonan  yang  lengkap  perlu  dimasukkan  di dalam  sampul  surat dan  dimasukkan ke dalam  Peti Tender  Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 2,  Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sampul surat hendaklah dialamatkan kepada :


Pengarah, Jabatan Penilaian dan 
Pengurusan Harta
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

 

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
03 – 80263116
03 – 80264339
03 – 80263162


MS