BANDARAYA MAMPAN YANG BESTARI

Sebuah  bandaraya  ‘smart  vibrant’  yang  mempunyai  keunikan  tersendiri  dengan memberikan sepenuhnya ruang dan peluang kepada warga kota untuk terlibat dalam merancang  dan  membangunkan  urbanisasi  fizikal,  ekonomi,  sosial  dan  alam  sekitar dengan  memanfaatkan  sepenuhnya  penggunaan  teknologi  dan  komunikasi  moden untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup semasa dan masa hadapan.

 

BANDARAYA SMART VIBRANT

Sebuah bandaraya yang hidup (lively), bersemangat (high spirit), bertenaga (energetic), mesra (friendly), hijau (green) dan pintar (smart).


Tagline MBSJ

Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman

Visi MBSJ

Menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan bandaraya mampan yang bestari, kota niaga dan kediaman idaman.

Misi MBSJ

Mewujudkan  dan  menguruskan  bandaraya  yang mempunyai  persekitaran  yang kondusif bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan kehidupan bandar yang bahagia, sejahtera, harmoni dan mampan menjelang tahun 2030

KOTA NIAGA

Bandaraya yang menawarkan pelbagai peluang untuk kecemerlangan berterusan dalam sebuah lanskap ekonomi yang inklusif, mampan, maju dan kompetatif

KEDIAMAN IDAMAN

Peningkatan tahap kualiti kehidupan melalui simbiosis pintar yang menggabungkan keharmonian interaksi di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Pencipta yang menjadikan bandaraya ini sebagai lokasi kediaman idaman

ANTARABANGSA

Mercu keunggulan bandaraya bertaraf antarabangsa yang mempunyai tahap daya tahan dan daya saing global

Matlamat MBSJ

Memastikan MBSJ memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha meletakkan Majlis Bandaraya Subang Jaya sebagai perbandaran bestari yang bersih, cantik dan selesa untuk urusan perniagaan, perindustrian dan kediaman.

Teras Strategik MBSJ

Teras 1: Tadbir Urus Terbaik
Teras 2: Infra Dan Kemudahan Awam
Teras 3: Pembangunan Mampan
Teras 4: Pembangunan Sosio Ekonomi
Teras 5: Capaian Pintar
Teras 6: Pembentukan Masyarakat Madani

Dasar Kualiti MBSJ

"Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi konsep penambahbaikan berterusan berteraskan kepada aplikasi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang mantap untuk menjadi sebuah PBT terunggul di Malaysia dari aspek perkhidmatan bandaraya, pengurusan lanskap, percukaian taksiran, kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, perancangan pembangunan, kemudahan rekreasi dan khidmat kemasyarakatan dengan penuh dedikasi, efisyen dan berintegriti"
MS