PENGENALAN

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan pelbagai inisiatif demi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.  Salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan adalah melalui integrasi empat (4) skim pensijilan iaitu ISO 9001:2015, ISO/IEC 27001:2013, ISO 37001:2016 dan MS 1900:2014 yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB).

SPB telah dikuatkuasakan pada 1 April 2018 melalui integrasi yang melibatkan tiga (3) skim pensijilan iaitu ISO 9001:2015, ISO/IEC 27001:2013 dan ISO 37001:2016.  Kemudian pada 20 Oktober 2020, tambahan satu (1) lagi skim Pensijilan, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (1900:2014) menjadikan keseluruhan empat (4) skim yang diintegrasikan.  Elemen pengurusan risiko juga turut diambil kira bagi memastikan kelancaran perjalanan fungsi jabatan dan memastikan penyampaian perkhidmatan adalah sentiasa yang terbaik.
 


DASAR KUALITI

ISO 9001 : 2015
SISTEM PENGURUSAN KUALITI

“Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi konsep penambahbaikan berterusan berteraskan kepada aplikasi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang mantap untuk menjadi sebuah PBT terunggul di Malaysia dari aspek perkhidmatan bandaraya, pengurusan landskap, percukaian taksiran, kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, perancangan pembangunan, kemudahan rekreasi dan khidmat kemasyarakatan dengan penuh dedikasi, efisyen dan berintegriti”.

DASAR ANTIRASUAH

ISO 37001 : 2015
SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH

“MBSJ komited ke arah pengukuhan integriti dengan mengaplikasikan konsep penambahbaikan berterusan berteraskan sistem pengurusan antirasuah bagi memenuhi keperluan stakeholders”.

DASAR PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT

ISO / IEC 27001 : 2013
SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

“Menyediakan pelan pengurusan keselamatan maklumat yang komprehensif untuk melindungi perkhidmatan sistem pengurusan keselamatan maklumat”.

DASAR PENGURUSAN KEWANGAN BERASASKAN SYARIAH

MS 1900 : 2014
SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN SYARIAH

“Kami prihatin dan komited  untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang berasaskan syariah serta menambahbaik secara berterusan untuk menjadi sebuah pbt terunggul di malaysia dari aspek pengurusan kewangan”.

DASAR PERKHIDMATAN PELANGGAN

SIRIM 6 : 2016
PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

“Kami prihatin dan komited memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi penambahbaikan berterusan sistem penyampaian pelanggan”.

DASAR PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH

SIRIM 7 : 2016
PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH

“Kami komited ke arah pengukuhan penyampaian perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi ekspektasi pelanggan berteraskan pengurusan kualiti secara menyeluruh, pengalaman budaya 'standard', 'productivity', 'innovation', dan 'quality' (SPIQ), pematuhan kepada standard antarabangsa dan pengurusan persekitaran berkualiti yang mampan.”

DASAR EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

EKSA
EKOSISTEM KONDUKSIF SEKTOR AWAM

“Kami komited dalam menjadikan MBSJ sebuah organisasi bestari bertaraf 5 bintang menerusi amalan budaya kerja cemerlang dan persekitaran berkualiti berteraskan prinsip 'lean management' dan gabungan elemen EKSA iaitu imej korporat, kreativiti dan inovasi, amalan hijau, persekitaran konduksif dan kepelbagaian agensi sebagai penjana kecermelangan berterusan”.


SKOP

BIL

 SKIM PENSIJILAN

SKOP

1.

ISO 9001:2015

Skop pelaksanaan perkhidmatan SPB MBSJ ialah memberikan perkhidmatan Bandaraya yang berkualiti dan berintegriti serta jaminan keselamatan maklumat merangkumi 2 kategori perkhidmatan seperti berikut;

Perkhidmatan Teras 

  1. Pengurusan Kawalan Pembangunan Tanah
  2. Pengurusan Penyediaan dan Pembaikan Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  3. Pengurusan Kawalan Perniagaan
  4. Pengurusan Cukai Harta
  5.  Pengurusan Pembersihan dan Kesihatan Bandaraya
  6. Pengurusan Khidmat Kemasyarakatan
  7. Pengurusan Kewangan
  8. Pengurusan Penguatkuasaan

Perkhidmatan Sokongan
9.   Pengurusan Perkhidmatan dan Sokongan:
a)   Tadbir Urus
b) Pengurusan Keselamatan  Maklumat
c)   Pengurusan Antirasuah

2.

ISO/IEC 27001:2013

3.

ISO 37001:2016

4.

MS 1900:2014

Skop SPKBS dan pelaksanaannya adalah Pengurusan Kewangan MBSJ, iaitu merangkumi perkara seperti berikut:

i.          Bayaran
ii.         Belanjawan
iii.        Akaun
iv.        Pinjaman/Pembiayaan
v.         Kumpulan Wang Amanah
vi.        Pelaburan
vii.        Terimaan Hasil dan Bukan Hasil
viii.      Kaunter
ix.        Perolehan

MS