ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT NEGERI SELANGOR.
Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan. Enakmen ini telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 5 Mac 2013 sebagaimana perkenan DYMM Sultan Selangor. Turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan Enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012.
Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-
1. | Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah; |
2. | Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan yang berkenaan bersama-sama bayaran RM12.00 (Ringgit Malaysia : Dua Belas Sahaja) iaitu RM 2 untuk fi permohonan dan RM10 untuk deposit fi pemprosesan yang tidak akan dikembalikan; |
3. | Pegawai Maklumat yang dilantik bagi setiap Jabatan akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu; dan |
4. | Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu membayar baki fi pemprosesan (sekiranya perlu) dan akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan |
5. | Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan keputusan. |
Sebarang pertanyaan mengenai Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor bagi PBT Majlis Bandaraya Subang Jaya sila hubungi;
MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN,
47610 SUBANG JAYA, SELANGOR
TEL : 03-80263131 ext 4052/3173
Laman Web : www.mbsj.gov.my
email : zalina@mbsj.gov.my
Maklumat penuh sila layari laman web Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my
(Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 seperti dilampirkan di bawah untuk informasi lanjut)
Bil | Enakmen |
---|---|
1 | |
2 |