Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian)
Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) ataupun RTSJ 2035 merupakan dokumen pelan pembangunan yang mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis serta disokong oleh garis panduan perancangan. Ianya disediakan mengikut peruntukkan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Tujuan Penyediaan RTSJ 2035
RTSJ2035 ini disediakan bagi menterjemah dasar-dasar yang terkandung di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN) bagi panduan dan kawalan pembangunan bagi seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu MBSJ. RTSJ2035 disediakan untuk :
RTSJ 2035 disediakan untuk : | |
1 | Untuk menggantikan Rancangan Tempatan Majlis Pempatan Subang Jaya 2020 yang tamat tempoh pada tahun 2020 supaya rancangan tempatan ini lebih efektif, infomatif dan terkini; |
2 | Untuk menyediakan Rancangan Tempatan yang selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan Pelan Strategik MBSJ; |
3 | Untuk mengambilkira dasar-dasar dan garis panduan pembangunan terbaru di peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri Selangor ; |
4 | Untuk menyediakan maklumat pembangunan yang komprehensif seperti maklumat guna tanah, demografi, infrastruktur dan utiliti, kemudahan masyarakat, dan reka bentuk bandar bagi kegunaan pihak-pihak berkepentingan ; |
5 | Untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi bagi pembangunan semula dan pembaikan reka bentuk bandar ; |
6 | Untuk menyediakan garis panduan dan rancangan pembangunan untuk menjadikan MBSJ sebuah perbandaran mampan dan bertaraf antarabangsa. |
RTSJ 2035 ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 37/2021 bertarikh 3 November 2021, yang disahkan oleh MMKN Ke 38/2021 pada 10 November 2021. RTSJ2035 disediakan dalam 4 jilid yang berasingan iaitu: | |
1 | JILID 1: Peta Cadangan & Pernyataan Bertulis |
2 | JILID 2: Kawalan Pembangunan |
3 | JILID 3: Strategi & Tindakan Pembangunan |
4 | JILID 4: Garis Panduan Pembangunan |
Dokumen RTSJ2035 ini boleh diperiksa di Tingkat 3, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Subang Jaya dalam waktu pejabat. |
MS