JABATAN HASIL |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PEMBAYARAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1 |
Saya sudah membeli sebuah rumah namun mengapa sehingga kini saya masih belum menerima cukai pintu dan cukai tanah? |
Sila pastikan:
Bermula 2021 MBSJ telah mengeluarkan bil secara elektronik iaitu E-Bil dan tiada lagi bil cukai yang dihantar secara pos Pemilik perlu mendaftar sebagai pengguna ezyMBSJ dengan melayari www.mbsj.gov.my untuk menyemak, mencetak dan membuat pembayaran bil cukai pintu. Bil cukai tanah sila rujuk Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2 |
Adakah boleh cukai taksiran di bayar di kiosk MBSJ? |
Ya, cukai taksiran boleh di bayar di mesin kiosk MBSJ. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3 |
Bagaimana untuk saya dapatkan no akaun cukai taksiran?
|
Sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Cukai Taksiran Pindah Milik (Borang I) / Tukar Alamat Pos |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4 |
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penyata cukai saya? |
Pemilik perlu mendaftar sebagai pengguna ezyMBSJ dengan melayari www.mbsj.gov.my untuk mendapatkan penyata cukai pintu. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 |
Mengapa pihak Majlis tidak lagi menghantar bil Cukai taksiran ke rumah? |
Bermula 2021 MBSJ telah mengeluarkan bil secara elektronik iaitu E-Bil dan tiada lagi bil cukai yang dihantar secara pos. Pemilik perlu mendaftar sebagai pengguna ezyMBSJ dengan melayari www.mbsj.gov.my untuk menyemak, mencetak dan membuat pembayaran bil cukai pintu. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6 |
Bagaimana cara untuk menukar nama pemilik cukai taksiran?
|
Sila kemukakan dokumen berikut:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7 |
Bagaimana cara membuat bayaran cukai taksiran di laman portal Ezy MBSJ?
|
Sila daftar sebagai pengguna ezyMBSJ dengan melayari www.mbsj.gov.my untuk menyemak, mencetak dan membuat pembayaran bil cukai pintu.
Atau
Seterusnya
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8 |
Apakah jenis urusniaga pembayaran yang boleh dilakukan secara online di Portal Ezy MBSJ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9 |
Apakah laman sesawang rasmi Majlis bagi pembayaran urusniaga MBSJ? |
Boleh layari di https://ezy.mbsj.gov.my/ |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
10 |
Apakah cara bayaran yang boleh dilaksanakan di Portal Ezy MBSJ? |
a) Bayaran menggunakan FPX (Financial Process Exchange)- Akaun Persendirian (B2C) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11 |
Apakah bank-bank yang boleh diterima melalui bayaran FPX di portal Ezy MBSJ? |
i. Affin Bank |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12 |
Berapakah tempoh masa yang diambil oleh MBSJ untuk mengemaskini bayaran? |
Kemaskini adalah serta merta. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
13 |
Apakah had untuk jumlah transaksi? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
14 |
Mengapa transaksi dijalankan gagal dikemaskini? |
Diantara sebab mengapa transaksi gagal adalah seperti berikut :
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
15 |
Berapa caj perkhidmatan yang dikenakan jika menggunakan kemudahan pembayaran online melalui Portal Ezy MBSJ? |
Tiada caj perkhidmatan yang dikenakan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
16 |
Adakah pembayaran melalui laman Portal Ezy MBSJ selamat? |
MBSJ menghargai data peribadi pelanggan kami dan memastikan semua data yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010). |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
17 |
Jika duit dari bank telah ditolak semasa membuat pembayaran bagi urusniaga-urusniaga di Portal Ezy MBSJ, tetapi pembayaran tersebut tidak dikemaskini, kepada siapa perlu dirujuk? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
18 |
Bolehkah resit bayaran dicetak selepas membuat bayaran di Portal Ezy MBSJ? |
Ya, resit boleh dicetak selepas membuat pembayaran melalui perkhidmatan online di Portal Ezy MBSJ. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
19 |
Bagaimanakah cara untuk saya memohon pulangan balik lebihan bayaran bagi cukai taksiran? |
Bagi permohonan pulangan balik lebihan bayaran, sila hubungi Jabatan Hasil di talian 03-80263285 untuk mendapat keterangan lanjut. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
20 |
Mengapa saya mendapat 2 jenis resit yang berbeza satu resit melalui portal dan satu melalui email? Resit mana adalah resit rasmi MBSJ? |
Resit yang diterima melalui email adalah resit daripada payment gateaway (cth: FPX dan e-wallet). Walaubagaimanapun resit rasmi adalah resit yang dijana daripada portal MBSJ. Bagi tujuan rasmi seperti tuntutan cagaran sila kemukakan resit MBSJ sebagai dokumen sokongan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
21 |
Perlukah saya simpan resit bayaran yang di buat? |
Sila cetak dan simpan untuk kegunaan rasmi. Walaubagaimanapun bagi ahli Ezy , MBSJ, salinan resit masih boleh di cetak semula selepas log in ahli di ruangan cetakkan resit. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
22 |
Berapa lama resit disimpan sekiranya berdaftar sebagai ahli? |
Semua resit akan di simpan sehingga sebarang pengumuman di maklumkan kepada pelanggan kelak. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
23 |
Adakah kad kredit antarabangsa dan kad kredit korporat boleh digunakan menggunakan pembayaran melalui Ezy MBSJ? |
Ya. Kad Kredit antarabangsa dan korporat boleh digunakan untuk tujuan pembayaran. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
24 |
Berapa lama resit disimpan sekiranya berdaftar sebagai ahli? |
Semua resit akan di simpan sehingga sebarang pengumuman di maklumkan kepada pelanggan kelak. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
POLISI PEMULANGAN, CHARGEBACK DAN LAIN-LAIN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
25 |
Saya telah membuat lebihan bayaran. Adakah pihak Majlis akan membuat pemulangan kepada saya? |
Bagi prosedur pemulangan adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pihak Majlis. Pemulangan akan diluluskan sekiranya alasan yang diberikan adalah wajar. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
26 |
Bagaimanakah cara saya ingin mengemukakan pemulangan? |
Bagi tujuan pemulangan, sila hubungi Unit Online Jabatan Hasil di talian 03 8026 3298 untuk pengesahan dan pertanyaan lanjut. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
27 |
Adakah pemulangan diberikan jumlah penuh seperti bayaran yang telah dibuat? |
Tidak, pemulangan akan ditolak dengan caj bank yang dikenakan kepada pihak Majlis. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
28 |
Berapa lamakah prosedur pembayaran balik akan diambil oleh pihak Majlis? |
Secara amnya, pemulangan akan dibuat dalam tempoh 1 bulan selepas semua dokumen lengkap diserahkan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
29 |
Bagaimanakah kaedah pemulangan ini di jalankan? |
Pemulangan akan dibuat pada akaun pemohon. Oleh itu pelanggan akan diminta untuk mengemukakan salinan penyata akaun aktif bagi melancarkan proses pemulangan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
30 |
Berapa tempoh pemohonan pemulangan yang akan dipertimbangkan oleh pihak Majlis? |
Pemulangan adalah dalam tempoh 5 bulan dari tarikh resit pelanggan. Contoh: Tarikh resit pembayaran adalah 1 Jan 2020 , tarikh akhir permohonan pemulangan adalah sebelum 30 Mei 2020. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
31 |
Bagaimanakah cara permohonan pemulangan ini dibuat? Apakah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bagi permohonan pemulangan? |
Permohon perlu menghubungi Unit Online Jabatan Hasil ditalian 03 8026 3285 terlebih dahulu untuk semakan. Seterusnya sila lampirkan dokumen seperti berikut: |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
32 |
Bolehkah sekiranya saya tidak memohon pemulangan sebaliknya bayaran tersebut dipindahkan kepada akaun lain? |
Ya, pindahan bayaran boleh dilaksanakan. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan mutlak pihak Majlis bagi tujuan ini. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
33 |
Adakah saya dibenarkan memohon pemulangan bagi pihak pemilik akaun? |
Bagi pemulangan bagi pihak ini pihak Majlis perlu meneliti sebab pemulangan tersebut. Secara amnya pemulangan bagi pihak hanya dibenarkan sekiranya pemilik akaun telah meninggal dunia ataupun pihak syarikat telah diisytiharkan bankrap. Walaubagaimanapun pelanggan boleh memohon sekiranya alasan pemulangan adalah wajar. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
34 |
Adakah saya boleh memohon Chargeback daripada pihak bank bagi pembayaran melalui kad kredit? |
Pemohon bebas untuk memohon chargeback daripada pihak pemegang kad kredit. Namun kelulusan masih tertakluk kepada budi bicara pihak majlis. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
35 |
Adakah pemulangan charge back diberikan jumlah penuh seperti bayaran yang telah dibuat? |
Tidak, pemulangan akan ditolak dengan caj bank yang dikenakan kepada pihak Majlis. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
CUKAI TAKSIRAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
36 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran cukai di Portal Ezy MBSJ ? |
Bagi mendapatkan maklumat cara pembayaran cukai taksiran melalui Portal Ezy MBSJ.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
37 |
Bilakah Tarikh Akhir Pembayaran Cukai Taksiran pada setiap penggal? |
Tarikh Akhir adalah seperti berikut : |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
38 |
Adakah pembayar boleh membuat bayaran cukai taksiran lebih dari satu akaun? |
Ya, pembayar boleh membuat bayaran lebih dari satu akaun serentak. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
39 |
Bolehkah pembayar membuat bayaran cukai taksiran mengikut kadar amaun yang dikehendaki sahaja ? |
Ya, pembayar boleh mengubah dan memasukkan jumlah amaun cukai taksiran yang ingin dibayar di bahagian ikon Cart untuk dibayar. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
40 |
Bolehkah pelanggan tanpa membuat log masuk, ingin mengubah kadar amaun bayaran cukai taksiran di bahagian untuk dibayar? |
Ya, jumlah boleh dipinda diruangan shopping cart portal. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
41 |
Bolehkan pelanggan mencetak resit bayaran cukai taksiran tanpa membuat log masuk di bahagian cukai? |
Ya, resit boleh dicetak sementara browser masih belum di tutup. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
42 |
Bolehkah pembayar cetak semula resit bayaran cukai taksiran di Portal Ezy MBSJ tanpa log masuk? |
Tidak boleh membuat cetakan semula resit bayaran cukai taksiran tanpa log masuk selepas browser bayaran di tutup. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
43 |
Bolehkah pelanggan membuat bayaran cukai taksiran tanpa log masuk di Portal Ezy MBSJ? |
Ya, boleh membuat pembayaran cukai taksiran tetapi pelanggan wajib mengisi maklumat pembayar. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
44 |
Adakah pihak ketiga boleh mencetak bil cukai dan mencetak resit bayaran di Portal Ezy MBSJ tanpa log masuk ? |
Ya.Tanpa log masuk, pihak ketiga boleh :
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
45 |
Jika bukan pemilik harta, adakah boleh cetak penyata cukai taksiran? |
Tidak boleh mencetak penyata cukai taksiran jika bukan pemilik harta. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
46 |
Jika pelanggan mendapati senarai akaun sendiri tiada di dalam semakan melalui Portal Ezy MBSJ, disebabkan pendaftaran nama pemilik harta pada bil cukai mempunyai dua nama , bagaimana cara untuk membuat bayaran cukai ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
47 |
Apakah keistimewaan yang diniklati Ahli Ezy MBSJ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
48 |
Bolehkah anak atau pihak ketiga ingin membuat bayaran cukai bagi ibu bapa atau ahli keluarga di Portal Ezy MBSJ ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
49 |
Saya telah mohon penambahan. Mengapa masih tiada pengesahan? |
Pengesahan mengambil masa tempoh 3 hari bekerja. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 8026 7466. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
50 |
Mengapa permohonan penambahan akaun saya di tolak? |
Penolakan adalah disebabkan sebab-sebab tertentu. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 8026 7466. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
51 |
Bolehkah pelanggan iaitu pihak ketiga atau bukan pemilik harta (cth : Firma Guaman) yang telah berdaftar sebagai ahli my@MBSJ dan log masuk untuk mencetak transaksi cukai yang telah dibayar ? |
Tidak boleh mencetak transaksi cukai walaupun telah mendaftar sebagai ahli my@MBSJ. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
52 |
Bagaimana pihak ketiga atau bukan pemilik ingin memohon transaksi bayaran bagi tujuan rasmi di Pejabat Kerajaan ? |
Pihak ke tiga boleh memohon carian rasmi dan bayaran RM20.00 akan dikenakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 8026 7466. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
53 |
Bolehkan pelanggan yang berdaftar sebagai ahli my@MBSJ dan membuat log masuk untuk membuat pertukaran alamat surat menyurat bukan akaun miliknya? |
Tidak boleh membuat pertukaran alamat surat menyurat bukan miliknya walaupun telah berdaftar sebagai ahli my@Mbsj. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
54 |
Bolehkah Cukai Taksiran Dibayar Secara Ansuran? |
Boleh, dan syarat adalah seperti berikut :
Walaubagaimanapun, pihak Majlis berhak menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan-alasan yang dikira munasabah. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
55 |
Adakah bayaran tunggakan cukai taksiran secara ansuran dikenakan sebarang faedah? |
Ya, Faedah perlu dibayar bagi :
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
56 |
Bagaimana saya hendak memohon pembayaran ansuran cukai taksiran saya? |
Permohonan adalah secara atas talian di Portal Ezy MBZJ. Sebarang pertanyaan lanjut ,Tuan / Puan boleh menghubungi Unit Cukai, Jabatan Hasil ditalian 03-80263131 / 7470 / 3286 / 4316 atau email unit-cukai@mbsj.gov.my. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
57 |
Bolehkah MBSJ memberi pengurangan cukai kepada pemilik harta? |
MBSJ akan membantu pemilik cukai yang mempunyai masalah tunggakan cukai dengan memberi pelepasan Caj Bayar Lewat dan Remisi. Ini berpandu kepada permohonan dan dokumen sokongan yang disertakan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
58 |
Mengapa jumlah bil cukai saya berbeza? Bolehkah saya menyemak melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Pebezaan adalah disebabkan oleh :
Untuk makluman Kos Pembersihan,Kos Guaman dan Kos Waran adalah dibawah Lain-lain Kos. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BIL PELBAGAI DAN BIL CAGARAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
59 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran Bil Pelbagai atau Bil Cagaran di Portal Ezy MBSJ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
60 |
Perlukah saya mencetak resit selepas bayaran dikemukakan? |
Ya, sila cetak resit untuk rekod dan tuntutan cagaran. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
61 |
Adakah saya boleh mencetak semula resit sekiranya resit simpanan saya hilang? |
Cetakkan semula hanya boleh dilakukan sekiranya anda berdaftar sebagi Ahli Ezy MBSJ sahaja. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
62 |
Bolehkah saya menggunakan resit yang diterima melalui e-mail sebagai tuntutan cagaran? |
Tidak. Hanya resit MBSJ sahaja sah untuk tuntutan cagaran. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SEWAAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
63 |
Siapakah yang akan menerima bil sewaan Majlis? |
Bil sewaan ini akan diserahkan kepada penyewa yang menyewa Aset-aset majlis secara bulanan seperti mereka yang menyewa gerai pasar ataupun gerai-gerai makan Majlis. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
64 |
Bilakah bil sewaan ini boleh di terima? |
Semua bil sewaan akan dikeluarkan pada 26 haribulan setiap bulan bagi bil bulan akan datang. ( Cth : Bil dijana pada 26 Julai 2020 bagi sewaan bulan Ogos 2020) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
65 |
Bilakah tarikh akhir bil sewaan ini perlu dijelaskan? |
Bil bulan semasa perlu dijelaskan sebelum 7hb setiap bulan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
66 |
Adakah saya akan dikenakan denda caj bayaran sekiranya gagal menjelaskan bil pada bulan semasa? |
Ya, denda akan dikenakan sekselepas 7h setiap bulan sekiranya tiada bayaran diterima. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
67 |
Bolehkah saya tidak membayar jumlah secara keseluruhan? Sebaliknya menjelaskan seperti jumlah mengikut kemampuan semasa? |
Ya, sila kemakini jumlah yang ingin dibayar pada ruangan shopping cart. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
68 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi sewaan di Portal Ezy MBSJ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
69 |
Bagaimana sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan bayaran sewaan ? |
Bagi sewaan majlis sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pegurusan Harta di talian 03-8026 3118. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KOMPAUN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
70 |
Apakah perkhidmatan kompaun yang disediakan di portal Ezy MBSJ? |
Melalui portal MBSJ, pelanggan boleh menyemak dan membayar semua kompaun yang dikenakan keatas individu, kenderaan ataupun syarikat. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
71 |
Apakah jenis kompaun yang dikeluarkan oleh pihak Majlis? |
2 jenis kompaun iaitu Kompaun Trafik (bagi kesalahan lalulintas) dan Kompaun Pelbagai. ( bagi kesalahan selain daripada trafik ) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
72 |
Apakah kadar kompaun bagi Kompaun Trafik ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
73 |
Kenderaan saya telah di clamping @ ditunda. Apakah tindakan seterusnya? |
Bagi tindakan tunda dan Clamping sila hubungi Jabatan Penguatkuasa ditalian 03-8026 3158. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
74 |
Adakah MBSJ memberikan diskaun bagi bayaran kompaun trafik melalui Ezy MBSJ? |
Ya, diskaun potongan sebanyak 50% diberikan bagi hanya untuk kadar kompaun maksima. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
75 |
Mengapa apabila saya telah membuat bayaran tetapi kompaun masih tidak ditutup (selesai)? |
Bagi kes seperti ini, sila semak penyata akaun bank pelanggan anda Jika jumlah telah di tolak pada akaun, sila hubungi Jabatan Hasil di talian 03-8026 3298. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
76 |
Saya ingin membuat pembayaran bagi kompaun pelbagai tetapi maklumat tidak dapat diperoleh melalui Ezy MBSJ. Mengapa ini berlaku? |
Bagi masalah ini sila rujuk kepada Jabatan Undang-Undang ditalian 03-8026 3298. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
77 |
Pelanggan boleh membuat pengurangan bayaran kompaun trafik atau kompaun pelbagai di Portal Ezy MBSJ ? |
Sila rujuk kepada Jabatan Undang-Undang atau hubungi di talian 03-8026 3149 untuk semakan dan permohonan pengurangan kompaun. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
78 |
Bagaimananakah cara membuat pembayaran kompaun di Portal Ezy MBSJ ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LESEN PERNIAGAAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
79 |
Bolehkah membuat pembaharuan lesen melalui Ezy MBSJ? |
Ya , pembaharuan lessen perniagaan boleh dibuat melalui Ezy MBSJ. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
80 |
Bolehkah sijil lesen dicetak secara online? |
Ya bagi bayaran online, sijil boleh dicetak mepapu portal Ezy MBSJ untuk dipaparkan dipremis perniagaan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
81 |
Bagaimana cara untuk saya memohon pulangan balik lebihan bayaran lesen yang dibuat sebanyak dua kali melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Bagi permohonan pulangan balik lebihan bayaran, sila hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-8026 4321 / 03-8026 3173 untuk mendapat keterangan lanjut. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
82 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran lesen atau permit di Portal Ezy MBSJ ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
83 |
Apakah jenis kategori lesen yang boleh dibayar melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Jenis lesen yang boleh diperbaharui melalui Portal Ezy MBSJ adalah :
Manakala pembayaran bagi lain-lain permit atau lesen perniagaan di bawah kategori lesen berisiko dan lesen berstatus sementara boleh dilaksanakan setelah dokumen-dokumen permohonan dikemaskini oleh Jabatan Pelesenan melalui temujanji di pautan https://forms.gle/mgZEuzS3M5yae9iz9. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
84 |
Bolehkah bayaran pembaharuan lesen perniagaan yang telah tamat tempoh selepas satu tahun dibayar di Portal Ezy MBSJ ? |
Tidak boleh. Pelanggan perlu merujuk kepada Jabatan Pelesenan terlebih dahulu atau menghubungi di talian 03-8026 3173. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
85 |
Bolehkah pembayaran permit iklan seperti banner , bunting , permit kerusi meja , permit siar kaki lima dibayar melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Pembayaran tersebut boleh dibuat melalui Portal Ezy MBSJ dengan syarat nombor akaun permit telah dikemaskini terlebih dahulu di Jabatan Pelesenan atau menghubungi di talian 03-80263173 untuk membuat semakan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENDAFTARAN AHLI EZY MBSJ (LOG MASUK) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
86 |
Tanpa log masuk, adakah pembayar boleh membuat bayaran lesen , kompaun , cagaran , permit bangunan , sisa restoran , sewa petak di Portal Ezy MBSJ ? |
Ya, boleh membuat pembayaran bagi urusniaga tersebut dengan melayarai laman sesawang www.mbsj.gov.my dan https://ezy.mbsj.gov.my/. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
87 |
Bolehkah pembayar cetak SEMULA semua resit bayaran cukai taksiran di Portal Ezy MBSJ tanpa log masuk ? |
Tidak boleh membuat cetakan semula resit bayaran cukai taksiran tanpa log masuk. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
88 |
Apakah kelebihan yang dinikmati sebagai pendaftar Ezy MBSJ? |
Bagi pelanggan yang berdaftar, kemudahan yang bakal dinikmati adalah seperti berikut:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TUNDA KENDERAAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
89 |
Bolehkan kompaun tunda kenderaan dibayar di Portal Ezy MBSJ ? |
Tidak boleh. Pelanggan hanya boleh menyemak sahaja di Portal Ezy MBSJ dengan memasukkan nombor kenderaan, nombor kompaun atau nombor kad pengenalan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERMIT JAB BANGUNAN, SEWA PETAK KHAS DAN PERMIT SISA RESTORAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
90 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi permit bangunan di Portal Ezy MBSJ ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
91 |
Berapakah tempoh yang dibenarkan untuk pembaharuan Permit Bangunan? |
Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah 1 tahun sahaja. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
92 |
Bolehkah pembayaran permit bangunan (permohonan baharu) dibuat melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Ya, boleh dengan syarat nombor akaun permit telah dikemaskini di Jabatan Bangunan atau hubungi di talian 03-8026 4405. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
93 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi permit sisa restoran di Portal Ezy MBSJ ? |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
94 |
Berapakah tempoh yang dibenarkan untuk pembaharuan Permit Sisa Restoran? |
Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah 1 tahun sahaja. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
95 |
Bolehkah pembayaran permit sisa restoran (permohonan baharu) dibuat melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Ya. Pembayaran boleh dibuat selepas dikemaskini oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal atau hubungi di talian 03-8026 4363. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
96 |
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi sewa petak khas di Portal Ezy MBSJ ? |
Bagi Pembaharuan Petak Khas, sila hubungi Jabatan Perbendaharaan sebelum membuat bayaran secara atas talian 03-8026 3135.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
97 |
Berapakah tempoh yang dibenarkan untuk pembaharuan Permit Sewa Petak? |
Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun sahaja.Sila rujuk Jabatan Perbendaharaan bagi sebarang pertanyaan lanjut. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
98 |
Bolehkah pembayaran permit Sewa Petak Khas (permohonan baharu) dibuat melalui Portal Ezy MBSJ ? |
Ya. Pembayaran boleh dibuat selepas dikemaskini oleh Jabatan Perbendaharaan atau hubungi di talian 03-8026 3135. |
MS