Lesen Atau Permit ?
Kebenaran Menjalankan Perniagaan
Kumpulan Aktiviti Yang Dilesenkan
Tred Perniagaan
Aktiviti perniagaan yang dijalankan di bangunan komersil, kilang, perindustrian, dan pusat perniagaan.Iklan
Aktiviti memperkenalkan hebahan jenis perniagaan, sepanduk, perkhidmatan, dan program kepada orang awam menerusi papan iklan, papan tanda, kain rentang, bunting dan sebagainya.Penjaja
Aktiviti perniagaan yang melibatkan peniaga kecil yang dijalankan di atas kawasan awam dan bersifat sementara.Semua permohonan dibuat secara dalam talian "Online". Sila muat turun Garis Panduan Pembaharuan Lesen Secara Dalam Talian (Online)
1. Garis Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Secara Atas Talian
Garis Panduan Permohonan Lesen Di Bawah Tred Perniagaan
Lesen Kategori A
Lesen Kategori A adalah lesen yang tidak boleh diluluskan secara serta merta.
Lesen kategori ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang mempunyai risiko tidak dipertimbangkan kelulusan lesen bergantung kepada faktor sesuatu tempat dan lain-lain.
Permohonan lesen ini memerlukan pemohon mengemukakan kertas cadangan terlebih dahulu bagi mengelakkan pemohon menanggung kerugian sekiranya permohonan tidak diluluskan, tetapi telah melabur atau memberikan komitmen terhadap perniagaan yang ingin dilakukukan seperti bayaran cagaran dan sewaan premis, perjanjian dan lain-lain lagi.
Aktiviti yang dilesenkan dibawah kategori ini adalah :
a) Pusat Penjagaan Kesihatan
b) Pusat siber / kafe siber
c) Hiburan dan Tempat Hiburan
1. Hiburan Dan Tempat Hiburan
2. Pusat Penjagaan Kesihatan
3. Pusat Siber / Kafe Siber
Lesen Kategori B
Lesen Kategori B adalah lesen yang tidak boleh diluluskan serta merta.
Lesen kategori ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemeriksaan dan lawatan tapak terlebih dahulu sebelum kelulusan lesen dipertimbangkan berkaitan aktiviti yang di pohon.
Selain daripada itu, aktiviti di dalam kategori ini juga memerlukan sama ada surat sokongan, surat pengesahan ataupun lesen daripada mana-mana Kementerian yang berkaitan sebagai dokumen sokongan terhadap aktiviti tersebut.
41 jenis aktiviti yang dilesenkan dibawah kategori ini.
1. Hotel Dan Asrama
2. Lain-Lain Perniagaan
3. Premis Industri / Kilang
4. Pusat Servis Kenderaan, Bengkel Kenderaan, Pusat Cuci Kereta & Kedai Aksesori Kenderaan
Lesen Kategori C
Lesen kategori ini merupakan lesen yang boleh diperolehi secara SERTA MERTA selepas permohonan lengkap dikemukakan.
Pemohon hanya perlu memastikan borang permohonan adalah LENGKAP dan mematuhi semua syarat dan peraturan seperti yang digariskan bagi setiap aktiviti.
Lesen Serta Merta adalah berstatus Lesen Sementara (6 Bulan) yang diberikan kepada pemohon. Pemeriksaan oleh pegawai akan dijalankan selepas 7 hari atau dalam tempoh 21 hari dari tarikh lesen sementara ini dikeluarkan.
Pemohon akan dipertimbangkan untuk kelulusan lesen penuh sekiranya semua syarat telah dipatuhi ataupun kekal lesen sementara sehingga semua syarat dipatuhi.
Terdapat 453 aktiviti yang boleh dilesenkan dibawah kategori ini.
1. Lesen Serta-Merta
2. Taska Dan Tadika
3. Premis Makanan
Muat Turun Garis Panduan Permohonan Lesen
BIL | LESEN KATEGORI A |
1 | Pusat Penjagaan Kesihatan |
2 | Pusat Siber / Kafe Siber |
3 | Hiburan dan Tempat Hiburan |
BIL | LESEN KATEGORI C |
1 | Lesen Serta-Merta |
2 | Taska Dan Tadika |
3 | Premis Makanan |